Ada sesiapa yang gemarkan ikan keli (CATFISH), ikan keli biasanya boleh dijumpai dimana-mana gerai makan nasi campur. Dan biasanya ikan keli ini di masak sambal kering, sambal cili padi, dua-dua jenis masakan ini memang betul-betul kaw! kaw! sedap. Selain itu masak lemak cili padi juga menjadi kegemaran ramai.
Tetapi banyak kali kita dikejutkan dengan kes ternakan ikan keli yang diberi makan dari sumber yang tidak baik, contohnya dari 'BABI' dan benda-benda kotor yang lain.
Sampai sekarang pun masih tidak jelas sama ada ikan keli HALAL dimakan atau HARAM dimakan? Kerana terdapat beberapa pendapat mendakwa ikan keli yang HARAM dimakan mempunyai bentuk sifat yang berbeza daripada ikan keli yang HALAL dimakan.
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.
-PIAO- Semoga bermanfaat kepada semua.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register