Tun Dr Mahathir akan disiasat atas pembabitannya dalam himpunan BERSIH 4 lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Bercakap kepada media hari ini, Khalid berkata, polis akan memanggil bekas perdana menteri itu kerana telah membuat ucapan dan dakwaan tertentu. Katanya, polis mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan dibuat Dr Mahathir. "Antaranya, beliau mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah. Jadi polis mahu tahu lebih lanjut. "Semua pemimpin prominent (terkenal) yang menyertai BERSIH akan disiasat," kata Khalid di Port Klang.
|