View: 1953|Reply: 0
|
Panduan Gunakan Penggaris Mata
[Copy link]
|
|
*Amat penting untuk memilih warna penggaris mata yang sesuai dengan warna mata. Untuk wanita Asia, pilihan penggaris mata yang sesuai ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan ia boleh dikombinasikan dengan warna pembayang mata yang dipakai.
*Untuk mendapatkan kesan smooky eyes pula, oleskan pembayang mata warna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
*Buat mereka yang memiliki mata bersaiz besar, cukup sekadar menarik garisan bermula dari pertengahan bukan dari hujung mata. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.
*Mahukan kesan mata yang lebih tajam? Ulangi proses aplikasi namun tidak dimulakan dari hujung dalam mata tetapi mulakan dari tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.
*Sebelum membuat garisan di bawah mata, taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
*Bagi membentuk garis mata yang tebal, gunakan penggaris mata berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semulajadi, gunakan pensil alis.
*Letakkan siku pada permukaan yang mendatar dan keras agar tangan tidak bergoyang bagi menghasilkan garisan yang sempurna. Mulai dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.
kredit:majalah rapi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|