View: 1557|Reply: 0
|
8 Tip Jaga Rambut Ikut Negara
[Copy link]
|
|

Namun kebanyakannya memang berkesan. Sama ada diperturunkan ke setiap generasi atau rawatan moden, setiap satunya tidak rugi untuk dicuba. Harap-harap ia boleh memberi kesan yang diingini iaitu rambut semakin lembut, cantik dan sempurna.
1.Colombia: Avocado Hair Mask
Kebanyakan menurunkan resipi sup ayam tetapi ada juga yang berkongsi petua rambut. Campurkan dua putih telur bersama avokado yang dihancurkan. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan bersih dan sapukan pelembap. Ia cepat, murah dan semula jadi untuk melembutkan rambut.
2.Argentina: Hidrat Dengan Aloe Vera
Semua tentang rambut panjang. Wanita di Argentina menggemari rambut panjang yang menyerlahkan sisi sensualiti dan glamor. Bagi memastikan ia terus panjang dan terbentuk cantik, aloe vera disapukan terus atau ditambahkan ke dalam syampu.
3.Guyana: Sardin Untuk Rambut Kilat
Sardin diketahui mengandungi sumber Omega-3 dan pengambilannya akan membuatkan rambut tumbuh dengan cepat dan sihat. Penyanyi Leona Lewis antara yang mengamalkannya dan lihat sahaja rambutnya, cantik!
4.Perancis: Hidrat Ketika Tidur
Overnight treatment masks sangat popular di sini. Bagi menambahkan kelembapan, kebanyakan wanita menambah krim mentega pada kulit rambut pada petang sebelum mencuci rambut dengan syampu.
5.Itali: Temu Janji Salon
Jangan gelar mereka high-maintenance. Wanita Itali sukakan penampilan glamor seperti Sophia Loren, jadi mereka akan membuat temu janji di salon sekali dalam seminggu bagi mengekalkan kecantikan rambut.
6.Itali: Diet Rambut Minyak Zaitun
Di sesetengah tempat, ada keluarga memperturunkan petua dari generasi ke generasi untuk menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan rambut. Sapuan satu sudu minyak ini dalam seminggu sudah bagus untuk membantu melembap, melembut dan memperbaiki regangan rambut.
7.Romania: Maniskan Pelembap
Mahu rambut cantik berkilat seperti orang Romania? Tambahkan satu sudu madu ke dalam pelembap. Apabila digunakan, ia akan menghasilkan rambut yang lebih cantik, berkilau dan warnanya juga tambah menarik.
8.Kanada: Mudah Berombak
Dapatkan rambut beralun ketika tidur! Basuh rambut pada waktu malam, biarkan ia kering dalam 80%. Kemudian ikat tocang dua dan bawa ia ke bahagian tepi bahu. Pagi esoknya, leraikan tocang itu dengan menggunakan jari. Hasilnya akan nampak begitu semula jadi.
kredit:majalah rapi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|