View: 7327|Reply: 18
|
‘Orang kecam macam saya tak berikan kualiti terbaik dalam persembahan’ - Aina Abdul
[Copy link]
|
|
Dikecam bertubi-tubi selepas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Aina Abdul mengakui berjauh hati dengan netizen yang seolah-olah menutup mata terhadap kualiti persembahan dibawakan malam itu.
Ujar Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, niatnya hanya mahu menyampaikan karya dengan jujur, bukannya menunjuk-nunjuk atau mencuri perhatian.
“Ada sikit rajuk, tapi tidaklah sampai terlalu kecewa. Saya manusia biasa, jadi apabila usaha diberikan sepenuh hati tetapi tetap tidak dihargai, sedikit sebanyak terasa juga.
“Netizen kecam seolah-olah saya tidak memberikan kualiti pada persembahan AJL tempoh hari. Saya berasakan macam di AJL itu mereka (netizen) tidak lagi melihat kualiti. Ini bagi saya lah, saya bukan bercakap bagi pihak orang lain.
“Melihat bagaimana netizen melayan saya sebegini, memang kecil hati. Saya cuma ada satu matlamat iaitu mahu berlaku jujur dalam berkarya. Itu yang saya cuba tonjolkan. Bukan mahu menunjuk atau ‘show off’, tetapi demi lagu dan seni,” katanya kepada Kosmo! Online.
Meskipun dihujani kritikan pedas, pelantun lagu Puas Sudah itu tetap memilih bertenang agar tidak terkesan dengan kecaman yang boleh menggugat emosinya.
Pun begitu, pemenang AJL37 itu tidak dapat lari daripada tempias negativiti yang tidak henti-henti dilemparkan kepadanya.
“Mental saya? Alhamdulillah, masih kuat untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.
“Bukan sebab lemah atau takut, tetapi saya rasa lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing di rumah. Itu lebih penting daripada sibuk membaca komen negatif.
“Tapi tak boleh lari, benda negatif tetap akan sampai. Walaupun saya cuba elak, pasti ada yang datang melaporkan kepada saya. Tapi saya faham, semua orang bebas bercakap apa sahaja,” ujarnya.
Mengulas tentang kesan kecaman terhadap dirinya, Aina enggan terus larut dalam kesedihan kerana masih banyak tanggungjawab perlu digalas.
“Saya nak terus kekal berpijak di bumi nyata dan fokus pada kerja kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.
“Kalau saya biarkan emosi merajuk terlalu lama, mungkin saya tidak akan kembali. Tapi saya tak boleh macam itu, saya ada pasukan, syarikat produksi dan banyak perancangan yang perlu diuruskan.
“Saya di sini untuk terus berkarya. Yang menghargai seni saya, saya buat untuk mereka,” dedahnya.
Terdahulu, Aina menjadi sasaran kecaman hebat termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan di AJL39.
Segelintir netizen seperti tidak menghargai bakatnya, malah ada yang bersorak gembira ketika dia gagal membawa pulang hadiah utama.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Stop cyber bullying her. Ok kalau kita tak suka cara dia. Tapi jangan sampai dia tu takde sisi baiknya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem replied at 25-2-2025 10:16 PM
Fefeeling so jelitaahh
Jelitahhh la ckit lepas guna filter chuolsss…
Tp she ni suka sgt guna anak tudung je..x sesuai sbb muka tembam. Bkn face shaming yeak tp style tudung tu boleh x adjust lg kasi sesuai dgn wajah.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan .. aaku dah kata minah ni dari kes yg dia potong paip berdarah tu dia buat apa yg kepala otak dia nak
Tak payah nak merajuk , realitinyaaa mmg xde kualiti nyanyian , song composition and showcase dia … hanyutlaah dlm dunia mu aina
Klu xde org support jgn nyesal |
|
|
|
|
|
|
|
Aina suara sedap , tapi bila terlalu over dress orang x focus dengar suara saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka AA. Geng2 nonok ramai support dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dia punya semangat.. tapi teringin nak tengok dia perform lebih classy yg focus kat vocal & nampak stunning.. kurangkan ala theatre.. maybe 10 thn akan datang bila suara dia dah makin matang, akan lebih merdu.. teknik nyanyian mungkin dah agak perfect, cuma kat telinga aku mcm belum cukup merdu sebab suara dia kedengaran belum cukup matang lagi, muda lagi… mcm siti dulu masa zaman muda, nyanyi mcm sedap tapi sengau..(ramai yg suka).. skrg suara dah makin besar.. so mungkin aina pun nanti akan mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sngup berhabis tp mcm x berbaloi dgn hasil.. yg ajl bru ni nmpk serabut. Cuba dia berabis utk nmpk gah tpling cntik kt atas stage tu.. main dgn lampu led ke apa2 la yg bg nmpk grand. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada buat treatment, actually muka she semakin okay |
|
|
|
|
|
|
|
Orang benci fan ko sebenarnye.
so dengan ko pun terpalit |
|
|
|
|
|
|
|
Sel darah merah
Artileri kapilari vena
|
|
|
|
|
|
|
|
berehat je terus aina
lagiiii senang
knp mcm tak siap je eh style tudung dia haha. tak kena pulak dgn baju tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertengok video pendek performance aa kat ajl kat X . Tanpa audio. Tengok 5 saat je sebab konsep persembahan nampak menyeramkan all red jurai2. So aku swipe next post |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dekat baju tu ada mata? Mata berdarah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols ok je dgn suara dan lagu2 enah ni cuma konsep persembahan dia kt AJL tema entah apa2, bunuh diri la darah2 la sel darah merah iols geli tengok. Tak koser nak paham konsepnya apa sebab disturbing. Dengan baju mata la org vogel merah semua bersawang merah bak dalam sel darah merah tu dah kenapaaaaaa
Nak sampaikan mesej deep ni ko tengok vc rahsia tuhan - noh tu deep. Karya2 deep ni dari lirik lagu pun deep, bukan konsep berdarah2 disturbing tau tak? Sebab tu iols tak minat langsung persembahan enah. Org lain berkarya mengangkat isu mental health ke, kesedihan kehilangan ke. Ko yg org ingat darah2 jelah |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 26-2-2025 12:52 AM
Iols ok je dgn suara dan lagu2 enah ni cuma konsep persembahan dia kt AJL tema entah apa2, bunuh dir ...
Rahsia Tuhan for AJL next year pleaseeeee. iols suka lagu ituhh |
|
|
|
|
|
|
|
Padahal kecewa sebb x menang ajl |
|
|
|
|
|
|
|
Installation and sale of swimming pools
Discover the world of comfort with our pools!
We offer a huge selection of pools, their installation and maintenance.
More detailed information on the link стоимость постройки бассейна
Create an oasis at home with best solutions.
Professional installation and guarantees for all work. |
|
|
|
|
|
|
| |
|