CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12205|Reply: 9

[Brader] 4 Cara Supaya Tukang Gunting Rambut Faham Keinginan Anda

[Copy link]
Post time 3-9-2015 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Fyruz Hanna






Anda selalu menyesal setelah keluar daripada barbershop? Adakah anda akan selalu menyalahkan tukang gunting rambut anda yang kononnya 'mahir' dan 'senior' namun hasil tak pernah memuaskan?


Tapi betul ke sebenarnya ialah 100% salah mamak atau tukang gunting rambut?


Tahukah anda sebenarnya kebanyakkan lelaki yang menyesal kerana kesalahan mereka sendiri kerana tidak mendetailkan gaya rambut yang diingini






1. Disripsikan dengan terperinci
Komunikasi sangat penting dan komunikasi dengan tukang gunting rambut adalah perlu supaya anda dapat utarakan gaya yang anda ingini






2.Bawa contoh gambar
Di zaman teknologi ini, google sahaja jika anda sukar untuk menyatakan gaya gambut yang anda ingini. Berikan contoh gambar dari posisi yang berlainan jika boleh.






3. Jangan tidur sewaktu proses
Hal ini juga sangat penting. Memang ramai kalau tak tidur, pasti bermain handphone. Tapi anda juga tak harus terlalu terperinci untuk menegur tukang gunting rambut anda, fokus untuk setiap proses dan tak perlu takut untuk menegur jika anda mendapati rambut anda lari dari konsep yang diingini.






4. Beri feedback
Setiap tukang gunting rambut itu perlu tahu tahap dan prestasi mereka, jadi jangan kedekut untuk memberi feedback walaupun kamu tidak suka gaya tersebut. Dengan ini, tukang gunting rambut akan memperbaiki hasil mereka untuk hari-hari yang mendatang. Jika anda memang tak berpuas hati dengan khidmat sesebuah kedai tersebut, ucapkan terima kasih dan tak perlu datang lagi. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 05:46 PM | Show all posts
yg suka berfesyen mungkin agak memilih sikit
utk aku cukup sekadar pendek je...malas nak sikat rambut potong botak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 06:34 PM | Show all posts
nama fesyen = pendek.
a: macha.. potong. kasi pendek. slope tepi. blakang nipis.
m: wokeh!
done!

pastu balik umh, gie mandi.. woo best.. sejuk je kepala. save shampoo.

yg penting, tukang gunting kuku pendek, kemas/x kotor. tangan x bau busuk. kalau kedai yg x biasa, tangan bau busuk, bunyi kan phone kengkonon kena jawab urgent. pastu aku blah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:15 PM | Show all posts
mudah sahaja. " Tolong potong pendek " . Tidak minat berfesyen
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 06:04 PM | Show all posts
dah berkurun aku potong rambut sendiri...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenama minyak rambut 'wet look' apa yang paling baik ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 09:50 PM | Show all posts
potong pendek je. sng nk urus. dh jumpe kedai yg aku brkenan dan serasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 06:54 PM | Show all posts
botak num 2....jambang jgn usik...hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi kedai yg biasa pergi, nnti mesti dia yg ckp dulu "mcm biasa ka". Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 06:22 PM | Show all posts
edee_91 replied at 5-9-2015 10:04 AM
dah berkurun aku potong rambut sendiri...

Sama lah..wahl clipper saya dah almost 5 tahun masih tajam....smua bulu dipotong dgnnya...
bgusnya jenama amarika yahudi laknat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046060 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list