CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1769|Reply: 4

Rahman Dahlan Sengaja Cari Pasal Dengan Penganjur Bersih4.0- Saifuddin

[Copy link]
Post time 7-9-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Oleh : TS LOO

sumber foto : www.freemalaysiatoday.com/



Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyindir tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sengaja mencari kesalahan penganjur Bersih 4.0.


Menerusi Facebooknya, Saifuddin memuatnaik status yang mendakwa Abdul Rahman dan kerajaan seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah.


Beliau mengaitkan tindakan Rahman memuatnaik gambar pejabat yang bukan pejabat penganjur Bersih 4.0.


Katanya, walaupun menyedari gambar rumah yang dimuatnaik di akaun Twitter itu bukan pejabat Bersih, namun Rahman tetap mahu mencari apa sahaja kesalahan terhadap penganjur Bersih biarpun kesalahan itu kecil dan remeh.


Sebelum ini, Rahman berkata pegawainya akan cuba menghantar sekali lagi bil pembersihan kepada penganjur Bersih 4.0 pada minggu hadapan selepas percubaannya yang pertama gagal kerana dihantar ke alamat salah.- CARI Infonet






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 04:59 PM | Show all posts
Tunggu dan lihat ja la..Datuk Saifuddin Abdullah org yg terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 05:27 PM | Show all posts
rahman dah tak ada keje sangat tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saifuddinn mmg sokong bershit pun..apa nak heran dia ckp camtu..rahman mmg tak sokong pun so biaqla dia buat kerja dia..pehal plak kata cari pasal..kos sampah ...bershit pun takmo byr..mengada...kutip duit 2.4 juta byk tu ..tp tak sure adakah itu utk 34 jam tu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 05:35 PM | Show all posts
apabila 2 datuk bertekak, aa meh makan pop corn dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.679211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list