|
Oleh : TS LOO
sumber foto : https://jiayingpenang.files.wordpress.com/
Yong Tau Fu ialah sejenis hidangan sup orang Cina yang berketurunan Hakka yang boleh didapati di Singapura dan Malaysia.
Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh."
Di Malaysia, berikutan hidangan istimewa ini mendapat sambutan oleh semua kaum, jadi wujudlah pelbagai jenis sebutan buat sajian tersebut, antaranya yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu.
sumber foto : http://www.themalaysianinsider.com/
Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini.
Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.
sumber foto : http://www.themalaysianinsider.com/
Versi Hakka Yong Tau Fu dikatakan sebagai versi original. Hakka Yong Tau Fu ini mengandungi kiub tau fu yang telah dibubuh daging cincang (lazimnya daging ikan ataupun ayam) dan herba.
Setelah itu, yong tau fu itu digoreng sehingga berwarna perang-keemasan, kadang-kadang direbus.
Variasi termasuk penggunaan pelbagai campuran sayur-sayuran termasuk terung, cendawan shiitake, dan buah melon diisi dalam cincangan daging yang sama.
sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/
Secara tradisional, yong tau foo dihidangkan dalam rebusan kacang kuning bersama-sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake.
Menurut Malay Mail Online, terdapat lima lokasi popular buat penggemar sajian Yong Tau Fu di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Puchong,
Lokasi-lokasinya adalah seperti berikut :
1) Gerai Seong Kee, No. 35, Medan Selera Petaling Jaya, Jalan Othman, PJ.
2) Restoran Wai Kei, 4 ½ Miles, Jalan Klang Lama (next to The Scott Garden), KL.
3) Puchong Yong Tau Foo, No. 105, Jalan Kampung Baru, Jalan Tembusu, Batu 14, Puchong.
4) Yong tau foo stall, Restoran Sin Hoy Kee, Kampung Cempaka, Petaling Jaya.
5) Wah Kiow Hakka Yong Tou Foo, 134-B, Lorong Peel, Off Jalan Peel, KL.
sumber : https://en.wikipedia.org/
http://www.themalaymailonline.com/ |
|