CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4378|Reply: 3

Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet

[Copy link]
Post time 21-9-2015 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : http://i.imgur.com/PVQJD.jpg



Berat badan berlebihan adalah masalah yang semakin serius dalam masyarakat di Malaysia hari ini. Malaysia adalah 'jaguh' di Asia Tenggara untuk masalah obesiti.




Ramai mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan. Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai adalah melakukan 'diet' dengan kaedah salah.



sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/



Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan 'diet', yang bermaksud tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau. Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan.




Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.





sumber foto : https://norlizabpsrt.files.wordpress.com/



Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.




Seseorang juga perlu meninggalkan 'makanan proses' yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.




Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.




Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk 'pinggan makan' yang dipanggil 'Healthy Eating Plate'.





sumber foto :http://2.bp.blogspot.com/



Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil 'Choose MyPlate.gov' dan di Malaysia dipanggil sebagai 'Model Pinggan Sihat'.




Berikut adalah "Rahsia menguruskan badan tanpa berdiet" yang terbukti berkesan dan selamat :






* Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.



sumber foto : http://w1.bharian.com.my/



Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.






* Memilih produk 'rendah lemak'
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai 'rendah lemak' dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi.



sumber foto : https://s2.yimg.com



Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.






* Memilih minuman 'diet'
Kajian mendapati pengambilan minuman 'diet' menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah.



sumber foto : https://docakilah.files.wordpress.com/



Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman 'diet' menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman 'diet'.




Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman 'diet' meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat 'isyarat kenyang' apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.





sumber foto : http://www.indeksmedia.com/



Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.




Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.-CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 05:03 PM | Show all posts
yelah yelah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:42 AM | Show all posts
jom berdiet hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 06:59 AM | Show all posts
Edited by kamarul79 at 22-10-2015 07:03 AM

Gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti bersukan menyebabkan kegemukkan. Di tambah plk dengan cara pengambilan makanan yang tidak seimbang membuatkan kita mudah di serang pelbagai penyakit kronik.

Dapatkan tips dan cara mudah untuk turunkan berat badan..
Ubah gaya hidup dan cara pemakanan anda mulai sekarang.
Tanamkan azam dan semangat untuk buang lemak berlebihan dan lakukan transformasi baru untuk badan anda

Layari disini untuk dapatkan tips dan nasihat kesihatan secara PERCUMA!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055021 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list