CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5218|Reply: 24

[Dunia] Doktor Bijak Pujuk Budak 2 Tahun Jalani Pembedahan

[Copy link]
Post time 22-9-2015 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Doktor Bijak Pujuk Budak 2 Tahun Jalani Pembedahan
Posted on September 21, 2015 by Editorial|



                                China – Beberapa keping gambar yang memaparkan aksi seorang pakar bedah mendukung seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang sedang menangis sebelum menjalani pembedahan menjadi ‘viral’ di media sosial baru-baru ini.

Tindakan pakar bedah itu yang bijak memujuk dan menenangkan gadis kecil itu dengan menunjukkan kartun di dalam telefon bimbitnya nyata berhasil membuatkan kanak-kanak itu berhenti menangis.

Menurut laman Facebook People’s Daily, China, kanak-kanak tersebut yang menjalani pembedahan jantung di Hospital Kanak-Kanak Zhejiang di Timur China pada 18 September lalu begitu takut sehingga dia mula menangis sebelum pembedahan dijalankan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, pakar bedah itu yang dikenali sebagai Shi Zhou mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun kelihatan memangku gadis kecil itu yang lengkap memakai baju bedah.

Tindakan tersebut membuatkan gadis tersebut leka sehingga tidak menyedari kehadiran seorang pakar bius yang kemudiannya membuatkan kanak-kanak itu tertidur sebelum Dr Shi secara perlahan membawanya ke bilik pembedahan.

Difahamkan, pembedahan tersebut berjaya dijalankan.

Sementara itu, Dr Shi yang ditanya wartawan sama ada beliau sedar bahawa gambarnya memegang kanak-kanak itu tersebar berkata;

“Ini kerana gadis kecil itu cukup indah sehinggakan gambar-gambar tersebut diterima dengan baik.” --SuaraTV



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 08:51 AM | Show all posts
kat Malaysia pun ramai je doctor mcm ni. cuma x jadi viral je
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Confirm2la doc ni kategory bijak2 semuenye..kalau tak macamane boleh sampai jd doctor..adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:55 AM | Show all posts
comei adik nih walapon tengah nanges..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:58 AM | Show all posts
pasni doktor2 semua pakat dok upload gambar gini jgk la...blh femes
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:02 AM | Show all posts
Nham22 replied at 22-9-2015 08:54 AM
Confirm2la doc ni kategory bijak2 semuenye..kalau tak macamane boleh sampai jd doctor..adehhh

memang doktor semua pandai2..

tapi tak semua ada bedside manner...

yg tak de manner tu yg buat lagi sakit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 09:09 AM | Show all posts
Macam boring jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:13 AM | Show all posts
mujur doc tu hensem.. kalau tak, xde sape peduli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 09:21 AM | Show all posts
sng je nk pujuk bdk2 ni..
kene lembut....belai2 ...tunjuk benda2 yg dia suke..
penyayang doktr ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:31 AM | Show all posts
“Ini kerana gadis kecil itu cukup indah sehinggakan gambar-gambar tersebut diterima dengan baik.” --SuaraTV


sapa la yg translate ni, tak faham aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat spital selayang pun bagus2 doktornya. Esp yang pakar la. Yang doktor2 muda cam kayu. Xpedulik budak nangis ke sakit ke janji keje dia siap
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:53 AM | Show all posts
selalunya doc ngan misi tak dibenarkan terlalu 'baik hati' dengan pesakit. tak tahulah kenapa. kat hosp gomen biasanya garang n kasar eh? macam adik saya dulu, pernah warded pasai jangkitan kuman kat paru2. dekat sebulan gak berkampung kat hosp tu. rata2 doc ngan misi buat kerja macam tak ikhlas, muka masam mencuka. bayangkan adik saya jadi fobia, menangis meraung tiap kali doc datang chek @ nak amik darah. pernah doc pelatih perempuan datang nak amik darah. sekali try tak boleh..dicubanya kali kedua. ditonyoh2nya tangan adik saya ngan jarum tu..meraunglah kawan ni. ayah merah padam mukanya tahan marah. last2 mak cakap, kalau dah takboleh tu, tak payah lah. menambahkan sakit adalah. tros blah gitu je doc tu sambil tarik muncung pat blas.

malamnya, lebih kurang kol 1 pg kot, datang doc lelaki bangsa india. not sure dia doc pelatih atau tak. kejutkan saya bagitau nak amik darah. (malam tu, saya temankan adik saya ni kat hosp) adik saya tengah lena tido.. saya kejutkan dia pelan2 n bagitau doc nak amik darah. apalagi, tros meraung dia sambil peluk saya. doc tu pon pujuk adik saya, "tak pe dik. sikit je ni... doc janji sekejap je sakit nye. adik nak balik rumah kan? nak cepat sihat kan? takkan nak duduk sini lama2? sini tak best.." aku senyum je. adik aku dah mula diam tapi masih teresak2. doc suh tu bilang no 1 smpai 10 sambil pejam mata. sekejap je adik aku menjerit 'argghh!' pastu siap. terkesima aku. kejap je amik darah, siap dah. tak macam doc siang tadi. agaknya nervous kot?

ngan budak2 ni kita kena berlembut. macam doc tu buat kat atas. nampak penyayang, pandai amik hati, pandai pujuk. lagi kita lawan, lagi dia berkeras. kita kena berlembut la sikit. udah nama pon doc, biarlah 'cerdik' sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:07 PM | Show all posts
puji doctor yg ada"hati" mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:30 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-9-2015 09:13 AM
mujur doc tu hensem.. kalau tak, xde sape peduli..

"akak tak minat stok2 oriental ni", kata @changa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:33 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-9-2015 02:30 PM
"akak tak minat stok2 oriental ni", kata @changa

seru2 nama changa.. kejap lagi datang la dia berkuntum kat thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:33 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-9-2015 01:13 AM
mujur doc tu hensem.. kalau tak, xde sape peduli..

Ensem ke macam tuh uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 02:41 PM | Show all posts
EJALTI replied at 22-9-2015 02:33 PM
Ensem ke macam tuh uols?

tengok sipi2 macam... ok not bad la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
doc malaysia viralkan gambar menyeluk
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cere doc tu dok henseng ada viral tak berita ni kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku penah masok wad kanak2 cm tadika je suasana die, gmbar mickey mouse kt dinding
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.221146 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list