CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2685|Reply: 2

[Edisi Rawat] Jangan Biarkan Kecewa Di Hati Melarat

[Copy link]
Post time 22-9-2015 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Penyakit 'kecewa' ini biasanya berlaku kepada sesiapa sahaja. Putus cinta, bergaduh dengan seseorang, masalah keluarga, masalah di tempat kerja, gagal peperiksaan dan sebagainya akan buatkan diri anda murung sepanjang hari.




Kadang-kadang ada juga yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan kekecewaan ini dengan membuat sesuatu di luar jangkaan. Jangan begitu, cuba bertenang dan berdepan dengan kekecewaan ini dengan matang.




Bagaimana nak atasi rasa kecewa ini?

1) Terima kenyataan

Benda dah berlaku. Takkan nak biarkan berlarutan. Anggaplah ia sebagai ketentuan dari-Nya. Jadikan ia sebagai pengajaran pada masa depan. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

2) Lupakan dengan fokus pada kehidupan

Teruskan hidup anda dengan lakukan perkara yang positif seperti bersama rakan-rakan, bercuti dan sibukkan diri anda sekaligus ia akan melupakan anda dengan kekecewaan tersebut.

3) Jangan pendam

Kekecewaan akan bertambah jika anda terus memendam apa yang terbuku di hati. Carilah seseorang yang mudah dipercayai untuk meluahkan rasa itu mahupun tulislah di diari.

4) Cari punca

Cara ini bukanlah menambah lagi rasa kecewa itu. Namun, anda harus fikir baik dan buruk mengapa hal itu terjadi. Sekurang-kurangnya anda mampu mengatasinya.

5) Sentiasa bersikap positif

Hadapilah sesuatu itu dengan tenang. Mungkin pengalaman silam mengajar anda supaya lebih memandang ke arah positif. Pasti orang di sekeliling anda akan menyenangi sikap anda.

Jangan kecewa lama-lama tau. Rugi diri sendiri sahaja. Yang sudah tu, sudahlah. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 11:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa tiada pengakhiran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.169295 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list