View: 7399|Reply: 79
|
[Tempatan]
Duta China jangan campur hal dalaman M'sia
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Veteran Umno berharap Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tidak cuba campur tangan bersabit urusan dalaman di negara ini.
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata, hal ini kerana, hal melibatkan negara ini, biarlah ia ditangani oleh kerajaan Malaysia sendiri.
"Veteran memberi amaran kepada Duta China di Malaysia supaya jangan cuba menjadi 'god father' kepada orang Cina Malaysia.
"Sikap duta itu amat kurang ajar dan cuba campur tangan urusan dalaman Malaysia. Kenyataan itu juga berunsur provokasi dan membangkit rasa perkauman di kalangan orang Cina dan Melayu dinegara ini.
"China tidak ada hak untuk campur tangan dalam apa masalah yang timbul di antara kaum di negara ini. Cina di negara ini mereka rakyat Malaysia. Bukan rakyat China. Jadi atas alasan apa Duta China itu mengeluarkan amaran dan mengugut Malaysia? Apakah duta itu mengaggap Cina rakyat Malaysia masih rakyat China?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapha berkata, oleh itu Dr Huikang janganlah "bermimpi di siang hari" kerana masyarakat Cina di Malaysia bukanlah rakyat China sebaliknya Malaysia.
"Cina Malaysia adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat China. Jangan cuba untuk menunjuk kuasa sebagai penjajah," katanya.
Mustapha berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Huikang pada Jumaat lalu dipetik sebagai berkata, kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman di Jalan Petaling.
Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr Huikang di atas kenyataannya itu dan beliau dijangka memberi penerangan kepada pegawai Malaysia esok.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan dutanya Dr Huikang ke Jalan Petaling, menyatakan bahawa ia semata-mata 'lawatan muhibah' sempena perayaan pertengahan musim luruh.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...m-sia-1.434280
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyibuknyer Cina bukit di sana nun.. dia tak tau ke Cina Malaysia ni high class? |
|
|
|
|
|
|
|
Cina malaysia pun nyampah dengan cina mainland...huh! |
|
|
|
|
|
|
|
cina aja dah berani nginjak2 malaysia gan |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 cina yang x suka ddk msia boleh balik ke mainland... kau tgk nasib kau mcm mana ddk @ sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh bukan hampa ka yg halau cina2 mesia suruh depa balik mainland...xpaham aku |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kudajantan77 at 28-9-2015 07:32 AM
Ketuanan Indon ditampar ketuanan apek...rakyat Malaysia tepuk dahi... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Pajeri_Nenas at 28-9-2015 07:41 AM
alieyrina replied at 28-9-2015 07:18 AM Ehh bukan hampa ka yg halau cina2 mesia suruh depa balik mainland...xpaham aku ???????apa relation dgn masuk campur? Tp kalau dah cakap melayu pun tak tau elok get loss la |
|
|
|
|
|
|
|
begitu cepat sentapnya melayu umno |
|
|
|
|
|
|
|
menangguk di air keruh... |
|
|
|
|
|
|
|
High class la sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
Duta china pergi bela nasib ayam mereka di serata Malaysia ini sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mcm tu better duta china bawa mereka pulang ke tanah besar |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh betul puak2 paranoid neh |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenape duta china ni sibuk2 pasal cina Malaysia?? Kalo kalo anggap cina mesia mcm Rakyat china...amik LA...amik semua bwk blk mainland... |
|
|
|
|
|
|
|
Seeloknya jgn masuk campur....klu bekerjasama soal pati2 dr china ni lg bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa besar dunia mula menanguk di air yang keruh berkenaan situasi ketegangan antara kaum di Malaysia.
Ntah2 ada pihak2 di Malaysia sendiri yang menjemput mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
macai2 yang bodoh seperti di atas2 tgo cite sebelah umno lpas tu da keluar fatwa2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kebanyakan CARI member di sini tidak tahu menapis info, senang-senang menari mengikut rentak orang politik, dan kalau ia juga merupakan tahap mental majority rakyat Malaysia, maka memang "layak kita jadi sebuah Negara yang mundur".
Bagi saya, Malaysia sekarang ini dalam satu "medan pertempuran" bagi dua golongan, satu golongan bermati-matian mempertahankan hak mereka ambil wang dari mesin ATM sesuka hati, menjaga kepentingan diri, tidak bermaruah asalkan ada wang dan kuasa, mempermainkan isu walaupun tak kisah mengancam kemajuan, tidak berakal dan tak bole berfikir rasional.........tetapi golongan ini memang fikir mereka betul dan semua orang salah. Kalau terjatuh pun, bukan salah diri, itu semua pasal orang lain, salah oprang lain, mempunyai keyakinan rendah, senang-senang saja ingat diprovok dan menyalak tanpa tujuan......mungkin ini dikatakan dalam dunia Arab...Kejahilan sebelum Islam...
Satu golongan lagi merupakan golongan yang lebih berpandangan jauh, tahu implikasi sesuatu isu terhadap kemajuan negara, lebih bijak dalam mengurus ekonomi, mempunyai toleransi yang lebih tinggi, berusaha membetulkan keaadaan, lebih keyakina........
Ini bukan soal perkauman, ini soal mentality dan cita rasa dan impian terhadap sesebuah Negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang hidup dengan gunakan kuasa ialah orang yang paling gila kuasa dan takut kehilangan kuasa, kerana tanpa kuasa, mereka tidak dapat hidup.
Dengan lain kata, orang yang gila kuasa biasanya tidak berkeyakinan dan tidak berkemampuan, terpaksa hidup menggunakan kuasa. bukannya gunakan kemampuan.
Simulasi ialah seorang anak tycoon yang tiada kemampuan menjadi pengurus kerana kuasa bapa. biasanya dia akan berlagak sombong bodoh, dan mengucar-kacirkan syarikat.
Lain pula kalau anak tycoon ini berkemampuan, maka dia akan berkeyakinan dan lebih merendah diri, isu"ketuanan" atau "aku boss"tak akan selalu terlintas dalam otak pemikirannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|