View: 3908|Reply: 22
|
[Jenayah]
Edisi Double CASH!:Selepas Merayu Hakim Tambah Hukuman
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 29-9-2015 06:41 AM
Amran Janaina sugul apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dengan meminda tempoh hukuman penjara daripada 15 bulan kepada lima tahun penjara akibat kesalahan membunuh tanpa niat.(BUKAN GAMBAR PEROGOL ITEW)
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam, menolak rayuan seorang lelaki agar hukuman 11 tahun penjara dan lima sebatan yang dijatuhkan ke atasnya dipertimbangkan semula dan diringankan.
Hukuman itu dijatuhkan ke atas Azaha Rasdi, 50-an, pada tahun lalu kerana dua kesalahan merogol anak gadis arwah rakannya.
Bukan sahaja gagal dalam rayuannya, sebaliknya tempoh 11 tahun penjara yang dikenakan sebelum ini turut ditambah menjadi 22 tahun.
Pada 23 Oktober 2014, Azaha didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan merogol mangsa.
Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada Disember 2004.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Azaha didapati bersalah merogol mangsa pada Ogos 2007, di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan semak berdekatan Bukit Diman, Ajil.
Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan dua sebatan, namun dia mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Azaha memohon rayuan di Mahkamah Tinggi namun hakim menolak rayuan itu dengan mengekalkan tempoh hukuman penjara, namun mengarahkan ia berjalan berasingan.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan bekas kakitangan Jabatan Kesihatan agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah membunuh rakannya tanpa niat semasa memburu.
Amran Janaina Abdul Majid, 52, merayu hukuman penjara 15 bulan yang dijatuhkan pada April 2014 diringankan, namun mahkamah memerintahkan tempoh penjara dipanjangkan sehingga lima tahun.
Antara alasan diberikan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz sebelum membuat keputusan itu adalah jenayah yang dilakukan olehnya menyebabkan kehilangan satu nyawa.
Terkejut dengan keputusan itu, Amran Janaina pengsan sejurus dibawa keluar dari kamar mahkamah, namun keadaannya mula stabil beberapa minit kemudian.
Sebelum ini, dia yang juga anggota Rela didapati bersalah menyebabkan kematian Yaseer Janudin apabila tertembak mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.
Mangsa, anggota polis berpangkat Lans Koperal maut di tempat kejadian selepas peluru mengenai rusuk kirinya.
Hasil siasatan mendapati tertuduh dikatakan terlihat satu ‘cahaya putih’ yang dipercayainya mata rusa lalu menembaknya, sebelum memanggil dua lagi rakannya untuk menyembelih ‘rusa’ yang berjaya ditembak.
Bagaimanapun, dia terkejut mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum membuat laporan polis.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hakim-tambah-hukuman-lepas-rayu-1.434705
|
|
|
|
|
|
|
|
kasik sebat sekali la...100 kali cukup tu... |
|
|
|
|
|
|
|
alang2x 22 taun kasi seumur hidupla...dah tua tak dak akai rogol budak2x.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pe orang tua perangai setan macam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg membunuh tanpa niat tu agak kesian jigak la... |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak ghost boleh adjust tak gambar tu agar selari dengar cerita.
Knowing forummer cari, I takut akan ada yang menyangka itulah wajah perogol....
|
|
|
|
|
|
|
|
2 berita dalam satu column |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan bekas kakitangan Jabatan Kesihatan agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah membunuh rakannya tanpa niat semasa memburu.
chopp.. ni start berita kedua ke ek. adoi pending pulak start thari nim. |
|
|
|
|
|
|
|
rasain lo. .(ayat sinetron)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bwahaha memula baca sekilas lalu, tak faham dia bunuh siapa, budak tu ke ayah budak tu sbb ada perkataan "arwah rakannya".
Ni ler dia yg dok kata aku dulu kena pukul elok je hidup. Jadi org je. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha ni mesti monday blues macam aku berjangkit ke tuesday
|
|
|
|
|
|
|
|
ok dah letak nota kat ujung gamba
|
|
|
|
|
|
|
|
mood : malas.
malas = lambat loading. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
patah tulang pungong kena sebat |
|
|
|
|
|
|
|
ambik ko..masa merogol x ingat
pikir syok sendiri jerk..
padan muka..
pasni nak bertaubat..bertaubat la... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dia insaf dan bertaubat bila terima hukuman tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sengaja tembak
tp sian nya hukuman tu mcm lama |
|
|
|
|
|
|
|
Xpe bang. Redha je la. Belajar dr kesilapan. Dunia ni sementara jek |
|
|
|
|
|
|
| |
|