CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3392|Reply: 16

[Politik] Saluran Derma/Sedekah Kini Lebih Kreatif & Mudah, Masih Liat Ke Tu?

[Copy link]
Post time 6-10-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 6-10-2015 04:31 PM

Oleh Adib Za

Ramai yang cakap, rakyat Malaysia ini pemurah sangat, suka menderma dan bersedekah. Adakah kenyataan ini masih relevan?


Ini kerana selepas beberapa insiden seperti melihatkan pengemis yang berkeliaran, mengutip derma sehingga di tepi lampu isyarat serta mengetuk cermin kereta, membuatkan ramai yang liat untuk bersedekah. Malah, dikatakan penyelewengan duit derma yang terjadi membuatkan lebih ramai yang sangsi untuk melakukan amal ini.


Mereka takut, duit yang disedekah tidak sampai pada insan yang sewajarnya. Menurut blogger Diana Ishak, perasaan ini boleh jadi juga terdorong kerana diri kita takut duit semakin berkurang.



(Sumber foto: Detikislam)



Selain itu, dikatakan perasaan 'liat' atau sukar untuk bersedekah adalah kerana kita jarang melakukannya. Jika sudah menjadi rutin, anda akan berasa  tidak lengkap pula jika tak bersedekah.


Mungkin ada kebenarannya. Meskipun ia sesuatu yang pahit, bukan? Mungkin itulah diri kita, pada tahap ini.


Sebenarnya, banyak kisah bagaimana kuasa sedekah yang membuatkan seseorang itu tidak putus rezeki, perniagaan makin besar dan sebagainya. Sama ada ia merupakan kisah benar atau rekaan, namun dalam hadis sememangnya ada menyebut tentang hal ini. Tidak berkurang harta dengan berzakat dan bersedekah.


Teringat pada rakan penulis yang gemar bersedekah, ada sahaja mereka yang meminta di tepi jalan, di restoran, pasti dia menghulurkan apa seadanya. Ia juga mengajar penulis untuk berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang kekurangan.



(Sumber foto: klinikmotivasi)



Kini dengan teknologi, anda banyak cara anda ingin bersedekah, dan paling menariknya, anda boleh memilih sendiri pakej atau siapa yang menerimanya.Terlalu banyak, antaranya derma untuk golongan yang kesusahan, untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran mahupun mereka yang ditimpa musibah akibat bencana alam atau sakit tertentu.


Ya, teknologi membenarkan kita menderma, bersedekah dengan lebih mudah dan kreatif:




1. Laman web seperti Islamic Relief Malaysia misalnya, membenarkan anda membuat sumbangan secara dalam talian. Malah anda boleh memilih pakej-pakej yang disediakan, bagi memudahkan proses sedekah itu. Banyak lagi badan lain seperti sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan pelbagai NGO yang lain.


2. Paling mudah, anda boleh membayar sejumlah wang ke melalui perbankan internet seperti CIMBclicks mahupun Maybank2u secara berkala atau bila-bila sahaja. Hanya di hujung jari..Syhh, mereka yang lain tidak perlu tahu kan!


(Sumber foto: consumerstrategist)



3. Anda boleh bersedekah sebanyak mana yang anda mahu dan mampu melalui online seperti RM10, RM20, RM100 dan sebagainya. Untuk anda yang mahu 'konsisten' apa kata anda bersedekah online ini setiap hari Jumaat!


Jom, semoga dengan input yang kecil ini boleh membuka idea dan memberi ilham untuk kita mula bersedekah.  - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 04:39 PM | Show all posts
eleh..derma senang tapi nak salurkan derma tu punya lah susah..lebih baik derma direct jer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 07:22 PM | Show all posts
banyak tgk budak2 bangla minx sedekah dekat trafik lite seksyen 7.. teruk sangat .. bukan xnak bagi.. tp sedekah tu x hanya duit kan.. doa dan harapan pun satu sedekah.. huhu.. dorang memang guna kanak-kanak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman membuktikn derma/sedekah menjadikan rezeki seseorang semakin murah.

Ramai yg harap rezeki dlm bentuk wang ringgit. Tp sebenarnya skop rezeki itu luas cthnya kesihatan, keselamatan, pertolongan yg dtg tanpa disangka.

Cuba mulakn dgn sedekah di masjid/rumah ank yatim dlu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:09 PM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:21 PM | Show all posts
oh well..nak bagi, bagilah apa yg ad  u boleh gapai kat tangan dan that's it. tak payah hype dan tak payah lah nak pikiaq depa tipu ke tak . itu antara dia dengan ALLAH.

lepas bagi, lupakan saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 09:39 AM | Show all posts
mayaBB: banyak tgk budak2 bangla minx sedekah dekat trafik lite seksyen 7.. teruk sangat .. bukan xnak bagi.. tp sedekah tu x hanya duit kan.. doa dan harapan ...


kan..dr nk bg je terus x jd.....kawan meols ketakutan bila budak2 dtg kat kete minta duit hahah kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:51 AM | Show all posts
penulis sudah bersedekah ke x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 11:18 AM | Show all posts
tubikmasok replied at 7-10-2015 10:51 AM
penulis sudah bersedekah ke x

Nak sedekah tak perlu cite kt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:34 PM | Show all posts
Rangkaian derma P2P terbaik di Malaysia

CharityID merupakan sebuah platform derma berkonsepkan PEER-TO-PEER (P2P) yang memberi peluang kepada seluruh ahlinya memberi dan menerima derma dengan cara yang sistematik. Lebih banyak yang anda derma, lebih banyak kutipan derma yang bakal anda terima terus ke akaun peribadi anda.

Info lanjut

http://www.charityid.com/donation-plan/todonateisgreat
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekah pada orang terdekat sekeliling kita dulu. Adik beradik.. sepupu. Jiran jiran
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:50 PM | Show all posts
yelah... i pun tgh fikir port yg sesuai utk gi minta sedekah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
utamakn org2 yg trdekat dgn kta or org yg dilanda musibah/pnyakit kronik lbih utama...

jgn ssekali ada org mntk sdekah msa akk kt dlm kete cz akk xakn buka sklipun tgok muka dorang sgt ksihan
akk ada satu pnyakit cmas bla org ketuk2 cemin kete xkira la org tu ngemis ke, nk brjual ke.. akk xakn buka cz akk tkut org tu tarik kpala akk or bt ssuatu yg xbaik hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:35 PM | Show all posts
dulu aku selalu skeptikal nak bagi derma kt orang yg tepi2 jalan tu...rasa mcm sindiket tak pon mcm diorang menipu...

tapi bila fikir2 balik...lantak la...kalau diorang menipu tu antara diorang dgn tuhan..
aku bg sebab kesian tgk bawak anak kecik ke hulur ke hilir panas terik...
bagi sebab kesian kt budak kecik tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Belanja member makan pon sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 08:15 AM | Show all posts
bagi makan kat stray cats ... animal pun kira sedekah jugek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 08:15 AM | Show all posts
belanja laba manapos satu carutan ..  laharan pun kira sedekah jugekkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.244118 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list