View: 34354|Reply: 345
|
[Kemaskini] Kanak-Kanak Diculik, Sudah Ditemui Selamat!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Kemaskini Jam 6.11 petang
Kanak-kanak berusia 5 tahun yang diculik di hadapan ibunya pagi tadi di Kajang, telah ditemui selamat.
Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, kanak-kanak itu telah dihantar pulang ke rumahnya selepas ditemui oleh seorang pemandu teksi lebih kurang jam 5.35 petang tadi.
Akhirnya, sesuatu yang positif dapat dicapai melalui bantuan semua pihak dengan adanya sebaran berita tersebut di media sosial. - CARI Infonet
Seorang ibu tidak dapat menahan rasa takut dan terkejut yang teramat apabila anak lelaki kesayangannya yang berumur 5 tahun diculik di depan mata.
Kejadian yang berlaku pada pagi ini di Tadika Cekap Bahasa, Kajang, Selangor menyaksikan wanita ini menghantar anaknya ke sekolah tadika sebelum dihampiri oleh lelaki yang tidak dikenali.
Secara tiba-tiba lelaki itu 'menangkap' anak kecil itu lalu membawa lari ke dalam sebuah kereta proton Saga hitam.
Kejadian itu telah dirakam melalui CCTV dan plat kereta tersebut dapat dikenal pasti iaitu WST 2936.
Berdasarkan CCTV itu, suspek yang terdiri daripada dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu berpura-pura berbual dengan ibu mangsa sebelum mengambil peluang menculik kanak-kanak itu.
Kejadian seperti ini sememangnya tidak disangka-sangka, kerana anak sedang berada di tangan ibu bapa. Kepada para ibu bapa, diharapkan lebih berhati-hati dengan 'penyangak' sebegini.
Jika dihampiri mereka yang tidak dikenali, lebih baik jauhkan diri dan lindungi anak-anak daripada terdedah kepada orang seperti itu. Memang malang tidak berbau.
Kepada mereka yang ternampak kenderaan dengan nombor plat terbabit, boleh hubungi: 019 -350 3483 / 012 - 390 1030. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh aku bayangkan perasaan mak bila anak dilarikan
Harap takda motif lain disebalik penculikan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah kesiannya tgk..gambar si ibu....moga anak tu selamat |
|
|
|
|
|
|
|
seriously ai makin risau dgn kegiatan jenayah di kolumpo nih...  |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je tengok video tu.. jahat betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
shahx replied at 9-10-2015 12:49 PM
aku baru je tengok video tu.. jahat betul..
Nak tgk...... |
|
|
|
|
|
|
|
ni dekat kwsn dekat jer dgn opis aku..aku plak risau jenayah skrg terlalu membimbangkan.
balik rumah jer terus kunci pintu pagar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah jahatnya aaa lelaki yg mencuri tu : |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah kesiannya mak dia tu... mesti dia risau n sedih yg amat anak dia dilarikan.. semoga kanak2 tersebut cepat ditemui.. |
|
|
|
|
|
|
|
please do something, harap budak ni dpt diselamatkan secepat mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...ape nk jd ngan mesia skang ni.xselamat |
|
|
|
|
|
|
|
nanti jd viral la kat fb. byk fan pages upload..
|
|
|
|
|
|
|
|
shahx replied at 9-10-2015 12:55 PM
nanti jd viral la kat fb. byk fan pages upload..
Dah ada kat atas tu.....kalau betul bangsa melayu yg culik....mmg memalukan ....asyik buat kerja kotor untuk kaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAMS replied at 9-10-2015 12:56 PM
ada kat atas videonya..
Tq............. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Malaysia boleh buat Amber Alerts. bebila ada kes culik mcm ni radio terus keluar amaran termasuk jugak papantanda khas highway bertahu no kereta/jenis kereta etc.
Bangsat punya Melayu (dua ekor tu lah) - ni ler puak merah perjuangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
JAngan lah diapa apakan budak ni. Harap polis bertindak cepat. Kalau lebih dari 72 hrs harapan tipis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|