CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11861|Reply: 47

Diva Stereotype & Diva Overacting tamatkan 'perang dingin' hampir 20 tahun

[Copy link]
Post time 13-10-2015 09:28 AM | Show all posts |Read mode


Dengarnya Ahkak Ogy and Erma Mok Cun Erna Fatima Teteye akan bergabung kembali setelah hampir 20 tahun 'berseteru'. Diorg akan bergabung berlakon bersama dalam Teater Mok Cun dan akan disusuli dgn Mok Cun Musim kedua .. .... YEAYYY....  i loikee...










Kali terakhir industri hiburan melihat gandingan Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud berlakon ialah menerusi telefilem Pengantin Popular, lebih 20 tahun lalu. Telefilem itu menarik perhatian ramai malah turut mencipta kontroversi kerana mengungkit perang mulut yang pernah terjadi antara mereka selain memaparkan sisi negatif beberapa watak yang benar-benar wujud. Drama arahan Rashid Sibir terbitan BNE Production itu bersiaran menerusi slot Cerekarama TV3 sekitar 1994. Ogy membawa watak pelakon senior bernama Gee manakala Erma pula memegang watak Erna digambarkan sebagai pelakon baharu yang mula mendapat perhatian. Gee dilihat tercabar dengan kehadiran Erna. Malah kalau ada yang ingat menerusi telefilem ini juga terma "over acting" dan "stereotype" turut bermain di minda. Erna menyifatkan lakonan Gee sangat over acting, manakala Gee pula melihat Erna sangat stereotype dalam lakonannya.


Berita baik, selepas lebih 20 tahun telefilem berkenaan disiarkan dan tiada lagi gandingan Erma dan Ogy selepas itu, kedua-duanya dijangka disatukan semula pada bulan hadapan menerusi teater Mok Cun yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Diajukan persoalan itu, Ogy menerusi WhatsApp memberitahu dia masih mempertimbangkan tawaran Erma itu. "Saya kena tengok skrip dahulu," katanya ringkas. Tawaran berkenaan juga jelas menamatkan perang dingin Ogy dan Erma selama ini. Datin Umie Aida adalah antara individu yang merangka pertemuan kedua-duanya sekitar awal September lalu. Ogy Ahmad Daud yang ditanyakan mengenai perdamaian dengan Erma Fatima, melihatnya sebagai ruang terbaik untuk kembali mengeratkan ukhuwah yang sudah lama terputus. "Yang lalu itu biarlah berlalu. Kita tak mahu lagi ia terus berpanjangan. Apabila kita mengambil sikap untuk tidak bermusuh dan berbaik semula pastinya kita akan rasa tenang dan baik di dalam diri. "Islam mengajar kita untuk tidak memutuskan silaturahim. Alhamdulillah. Biasalah masa muda dahulu banyak benda kita buat ikut emosi. Tapi bila berusia kita jadi lebih matang dan kita patut berikan contoh yang baik buat pelapis kita," katanya. - BH



RK - Tidak mahu terus dihurung kisah lama hingga menyebabkan dua pelakon ini tidak brtegur, kini Erma Fatima dan juga Ogy Ahmad Daud telah kembali berdamai malah turut sama akan bergandingan semula dalam satu pementasan teater pada November ini. Untuk pengetahuan anda, Erma dan juga Ogy pernah digandingkan bersama di dalam drama Pengantin Popular sekitar tahun 2014. Bagaimanapun, tindakan Erma menegur lakonan Ogy (yang lebih senior) ketika itu, membuatkan hubungan mereka dingin.



“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Malah Erma juga berkongsi kisah bahawa dia pernah menyimpan wang perbelanjaan sekolah semata-mata ingin menonton lakonan Ogy di dalam filem Azura. Kini, dia bersyukur kerana hubungan antara mereka sudah kembali pulih.
Apa pun, tahniah kepada pelakon Umie Aida kerana telah berusaha dan berjaya menjernihkan kembali hubungan tersebut di mana mereka sudah 20 tahun tidak digandingkan bersama.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Nak tunggu Sheila Rusly & Kak Engku plak berdamai. Dah lama gak dorang tak bertegur sapa kan. Aku pun dah lupa apa isunya sampai jadi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:31 AM | Show all posts
Aku baru je replay telemovie ni... yg penting Faizal Husin sagt rembesan hokey
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:35 AM | Show all posts
konpem meletopss!! can't wait!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 09:36 AM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 13-10-2015 09:46 AM
starcity replied at 13-10-2015 09:30 AM
Alhamdulillah. Nak tunggu Sheila Rusly & Kak Engku plak berdamai. Dah lama gak dorang tak bertegur s ...

Sis sheila pun berselisih faham gak kan ngan nek joyah a.k.a norlia ghani pasal issue norlia ghani pakai skirt pendek masa ABP dulu...  tak silap sheila yg suruh ...

harap2 depa pun dah baik ..


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:47 AM | Show all posts
wiken haritu akak tertengok citer rozana 87
kaktimah comey sangat masa muda2 dulu
patut la bade boleh beralih arah dari raja ema yg gedik2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 10:16 AM | Show all posts
starcity replied at 13-10-2015 09:30 AM
Alhamdulillah. Nak tunggu Sheila Rusly & Kak Engku plak berdamai. Dah lama gak dorang tak bertegur s ...

sheila rusly & kak engku dah berbaik...sheila tegur kak engku dulu time bday datuk terlajak laris...

dulu2 gaduh sbb kak engku kantoi mengata sheila backstage road tour anugerah bintang popular... time tu bh amik sheila jd host, so kak engku (yg time tu dh dilantik jd host malam kemuncak) sentap & menceceh di backstage road tour kuantan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:31 AM | Show all posts
mmg kak gee ni over dr dlu ekh? kurang berkenan tgk dia diatas pentas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 10:48 AM | Show all posts
bagus la dah berbaik..

cuma aku masih x suka makcik ogy tergedik2 sgt...

oppss, akak ogy jgn sentap okayyyy... awak mmg level2 makcik pun utk sy. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:04 AM | Show all posts
calling2 @sepitsiput
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:04 AM | Show all posts
Edited by LuLu^Lost at 13-10-2015 11:23 AM

bila korang sebut nama2 besar dalam benang ni... tiba2 rasa best plak kalau dpt satukan diorg dalam drama ke filem ke. hehe. erma fatimah, ogy ahmad daud, sheila rusli, kak engku, didie alias, jasmin hamid dan rakan2 sezaman diorg. mesti besar bajet ni, nak gabung semua. huhu

tadi sape cakap faizal hussein merembes? hehe memang pun. sampai sekarang lulu suka dia. itu tahun 1994 kan? haa pi tengok tahun 1983 ke tahun 1987 gitu.. zaman gila-gila remaja. memang boleh gila tau hahaha... manis, hensem, jambu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:07 AM | Show all posts
ade beberapa filem yg dorg terlibat bersama
tp xde scene sekali


cthnya Manisnya Cinta Di Cappadocia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:08 AM | Show all posts
azimodin replied at 13-10-2015 09:31 AM
Aku baru je replay telemovie ni... yg penting Faizal Husin sagt rembesan hokey

uollss....kat mana tgk? utube ade?

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:18 AM | Show all posts
Bukan theyols dah lama berbaik ke?
Cuma jarang jumpa dan digandingkan bersama kan
Dah tua2 ni eloklah berbaik
Diorang gaduh dulu pun bukan jenis yg kow2 punya
Setakat perang mulut biasa2 aje
Aku nak tunggu Azwana Alia berbaik dgn seteru2nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 11:46 AM | Show all posts
makton replied at 13-10-2015 10:48 AM
bagus la dah berbaik..

cuma aku masih x suka makcik ogy tergedik2 sgt...

igt makton baya2 ahkak ogy ...  heehee..
makton lagi muda upa nya...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 13-10-2015 11:04 AM
calling2 @sepitsiput

Chuols klu thread retis kertu je paging meols! Hello, meols skrg fanatik Lawani Geng ok! MBNU sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2015 12:07 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 13-10-2015 10:16 AM
sheila rusly & kak engku dah berbaik...sheila tegur kak engku dulu time bday datuk terlajak laris. ...

gosip abpbh sangattt ...

confirm kak cham ni ..heheehee...   setelah puan zakiah halim hilang ...dan muncul setahun sehari jahhh di mata pandangan ummah malaya....  (masa APM live)
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaula waktu tu dah wujud forum bagai confirm berthread2 hardfan bergaduh demi idola mereka. Waktu tu Mungkin i pilih Ogy.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:12 PM | Show all posts
eija2013 replied at 13-10-2015 03:08 AM
uollss....kat mana tgk? utube ade?

ahah... youtube je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:17 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 13-10-2015 11:49 AM
Chuols klu thread retis kertu je paging meols! Hello, meols skrg fanatik Lawani Geng ok! MBNU sgt

idok le
kn hr tu chuols yg bkk thread psl ogy & erma
so...maybe nk tmbh info ke ape kan
elok merge je tp skrg dh xleh plk kan

Edisi Jejak Kasih : Ogy & Erma bganding dlm Mok Cu ...


MBNU? makcik baru nak up?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052803 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list