|
Sumber foto : astroawani
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Memetik dari astroawani, konflik politik yang berlarutan di Syria memaksa ratusan ribu penduduknya keluar mencari perlindungan di negara jiran termasuk jauh ke rantau Eropah.
Jalan laut dan darat terpaksa dilalui pelarian untuk menjalani kehidupan lebih baik di destinasi impian mereka.
Pengarah Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata majoriti pelarian Syria memilih benua Eropah kerana merasakan peluang lebih baik di situ untuk memastikan kelangsungan hidup.
Zairul berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, lebih 200,000 pelarian memasuki Eropah. Sehingga hujung bulan lepas, dianggarkan sudah 560,000 pelarian memasuki Eropah.
Kebanjiran pelarian itu mendorong bantuan kemanusiaan dalam skala besar diberikan bagi mengelak mereka terjerumus ke kancah krisis terburuk.
"Islamic Relief Italy, setakat ini kita sudah membantu lima ribu keluarga. Makanan mereka, pakaian mereka, hygiene mereka dan sebagainya.
"Fokus kita di Milan, Rome, Bologna ini bandar-bandar besar, yang kita tahu mereka akan lalu untuk meneruskan perjalanan dan itulah yang kita akan buat. Kita juga sempat mengedarkan daging korban dari Malaysia di Itali," kata Zairul ketika temu bual di program Analisis AWANI pada Isnin.
baca selanjutnya - astroawani |
|