CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2689|Reply: 11

Tak Nak Botak? Jom Cuba Rawatan Lada Hitam Ini

[Copy link]
Post time 20-10-2015 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Seringkali sakit hati dan marah apabila rambut mulai gugur, banyak kelemumur, beruban dan nipis. Macam-macam petua dan cuba, namun ia tetap sama dan berulang kembali.

Ha, jangan bimbang. Apa kata, kali ini cuba untuk gunakan petua yang lain. Bagaimana? Jom, ikuti dan praktiskan seperti berikut.



Hanya gunakan lada hitam sahaja. Berkesan ke? Belum cuba, belum tahu Bro dan Sis.

1. Lada hitam menjadikan rambut semakin tebal dan kuat

Biasanya kita akan gunakan limau purut, lidah buaya dan sebagainya. Kali ini ramuan lada hitam pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk rambut anda.

Cara ramuan :


  • 1 sudu lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
  • 1 sudu teh biji lemon / limau (kisar atau tumbuk sehinga halus)
  • 4 titis minyak zaitun

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan tadi ke kulit kepala dengan serata.
3) Biarkan selama 20 minit.

4) Bilas dengan air bersih.   
  

2.Lada hitam dapat menghilangkan kelemumur

Kandungan anti bakteri dan anti inflamasi yang ada dalam lada hitam dipercayai dapat mengatasi masalah kelemumur pada rambut.

Cara ramuan :


  • 1 sudu teh lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
  • Yogurt

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 30 minit.
4) Bilas dengan air bersih.




3.Lada hitam dapat menghilangkan uban

Ramai anak muda kini mempunyai uban. Malu kan? Jangan risau, lada hitam mampu menghilangkan uban anda.

Cara ramuan :


  • 1 gram lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
  • 100 gram yogurt

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2)  Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 1 jam.
4) Bilas dengan air bersih.

Lakukan rawatan ini setiap seminggu sekali, agar rambut kembali berwarna hitam.

4. Lada hitam mencegah kebotakan

Wah, lada hitam juga mampu mengelakkan kepala daripada botak.


  • 1 sudu teh lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
  • Yogurt

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 10 minit.
4) Bilas dengan air bersih.


Banyak kegunaan rupanya dengan bijian lada hitam ini. Namun, penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kulit kepala terbakar, sebaiknya tidak menggunakan secara berlebihan. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 04:36 PM | Show all posts
tak panas ke kepale ? kot la kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:42 AM | Show all posts
nak cuba, lepas bersalin rambut gugur dgn banyak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:37 PM | Show all posts
try lepas bersalin nanti... ade sape2 dah try berkesan ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:59 PM | Show all posts
testimonial pls.. ade sape penah cuba?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pernah cuba? Bg review
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2015 05:09 PM | Show all posts
rafiesaaidin: Sapa pernah cuba? Bg review


Dah cuba .. best, ada rasa panas sikit kat kulit kepala. Tapi, esoknya dah ok.
Migrain pun boleh hilang. Mujarab lah kot kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 05:10 PM | Show all posts
zuliana29: testimonial pls.. ade sape penah cuba?


Try lah.. rambut dah kurang gugur tau.. 2 hari berturut2 try nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 05:12 PM | Show all posts
khailya: tak panas ke kepale ? kot la kan


Panas kejap je... mula-mula letak lada hitam tu 1 sudu setengah, tu yg rasa panas.
Esoknya, kurangkan n lebihkan yogurt. Ok dah.. best, rambut pun licin je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 12:14 PM | Show all posts
nak try la
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 12:34 PM | Show all posts
yogurt??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 05:35 PM | Show all posts
jelitaqasyah replied at 22-10-2015 05:12 PM
Panas kejap je... mula-mula letak lada hitam tu 1 sudu setengah, tu yg rasa panas.
Esoknya, ku ...

Berapa lama perap atas kepala? Masa basuh guna syampu tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071840 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list