Lumbersexual berasal dari perkataan lumberjack (penebang) atau heterosexual. Pertama sekali ia muncul adalah pada tahun 2014 yang mengadaptasi gaya retro penebang kayu ini kebanyakkannya menggunakan kemeja kotak-kotak.
Gaya lumbersexual ini telah mengalahkan gaya lelaki metrosexual kerana rata-rata lelaki kini mengadaptasikan gaya ini merupakan lelaki-lelaki macho dan sejati.
Rambut Panjang Yang Ikal
Untuk mencipta gaya lumbersexual, rambut anda haruslah panjang namun tak perlulah panjang sangat. Yang penting, rambut kamu haruslah yang asli dan tak perli ke salon untuk luruskan rambut kamu.
Berkumis
Lupakan dahulu penampilan yang kemas, biarkan jambang kamu tumbuh kerana trend lelaki berjambang sentiasa nampak macho.
Kemeja Flannel
Pemilihan pakaian sangat penting untuk nampak lebih maskulin. Kemeja Flannel anatra pakaian wajib yang harus ada untuk nampak seperti lelaki Lumbersexual. -CARI Infonet.