Edited by ladybird_ at 26-10-2015 03:52 PM
Zizan Razak nampaknya ingin terus berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen selepas didakwa meletakkan syarat tidak mahu bekerjasama dengan Kamal Adli dalam mana-mana produksi kerana cemburu akan hubungan rapat aktor tersebut dengan Emma Maembong.
Menerima pelbagai reaksi daripada peminat berhubung keputusannya itu, Zizan memberitahu beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan hanya mereka yang mengenali beliau sahaja yang tahu peribadi beliau yang sebenar.
Kebanyakan orang tidak faham siapa saya. Hanya mereka yang terdekat faham peribadi saya yang sebenar. Mungkin kerana itu, timbul pelbagai cerita negatif mengenai saya. Sama seperti ketika saya bekerja. Ada yang suka, ada yang tidak. Sukar untuk saya memuaskan hati semua pihak, tetapi saya cuba lakukan yang terbaik. Naik turun dalam industri ini adalah kerja Tuhan.
Lebih baik untuk Zizan Razak tampil dan jelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan tersebut, kalau biar sebegini tiada perkara yang dapat diselesaikan. Baik anda mahupun Kamal Adli kedua-duanya berada dalam satu industri hiburan yang tidak sebesar mana di Malaysia ini dan tidak mustahil untuk ada bersua nanti.
Sumber : http://beautifulnara.com/hanya-m ... ebenar-zizan-razak/
|