CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3643|Reply: 1

[2015] BATTLE OF BAKARA ( Black Hawk Down )

[Copy link]
Post time 29-10-2015 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 31-10-2015 11:17 PM
SUNGAI PETANI:  Perancangan menerbitkan versi lain filem Hollywood, ‘Black Hawk Down’ dengan sudut pandangan tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 22 tahun lalu di Bakara Market, Somalia akan memasuki fasa kedua awal tahun hadapan.

Pembikin filem dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad berkata, fasa pertama iaitu perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa tersebut hampir memasuki tahun kelima.

Dokumentari yang berdurasi 120 minit itu memaparkan kejadian sebenar yang berlaku pada tanggal 3 Oktober 1993 di antara jam 6.30 petang sehingga ke malam mengikut waktu negara itu.

Ahmad Yazid berkata, dia mengharapkan masyarakat bersikap lebih terbuka tentang bagaimana cara dia mengolahkan cerita dengan mempamerkan kelemahan dan kesilapan anggota tentera Malaysia sendiri.

“Filem Black Hawk Down itu pun kisah benar juga cuma mereka punya perspektif berbeza… perspektif Amerika hanya daripada mata orang Amerika, perspektif orang Malaysia daripada perspektif orang Malaysia (nak jadikan kita ni sebagai hero ke) tak juga.

“Sebenarnya banyak tentera Malaysia buat silap malam tu, kesilapan mereka hampir-hampir menyebabkan mereka mati dan orang Amerika kena perbetulkan kesilapan mereka.

“Macam Lost Platoon ini adalah satu kesilapan askar Amerika askar Malaysia yang buat malam itu dan orang Amerika ini harus selamatkan mereka (walaupun macam tu kita tetap akan buat jugak scene tu) ya tetap buat. Saya akan menceritakan tentang kesilapan anggota tentera Malaysia sebab merekapun banyak buat silap bukan Amerika sahaja yang buat silap.”

Bagaimanapun sehingga kini, Ahmad Yazid memaklumkan belum ada senarai pelakon yang sesuai untuk menjiwai setiap karekter di dalam filem dokumentari itu.

Beliau bercakap kepada Astro AWANI ketika ditemui dalam majlis penghargaan dan mengenang jasa wira-wira pertempuran Bakara Market.

BACA: Saya nak berani macam bapa

Dalam pada itu, Noor Azlinda Mat Aznan, 29 tahun memberanikan diri untuk menyertai pasukan tentera, kerana tidak mahu mensia-siakan darah pejuang yang mengalir dalam diri.

Noor Azlinda yang kini berpangkat sarjan meneruskan perjuangan bapanya, Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang yang terkorban dalam pertempuran Bakara Market di Somalia, kira-kira 22 tahun lalu.

Malah, Noor Azlinda beranggapan peristiwa yang turut dijadikan filem fiksyen bertajuk Black Hawk Down itu adalah apa yang pernah dialami bapanya.

Ketika kejadian itu berlaku, dia baru berusia 7 tahun.

Kini, dia telah berkhidmat selama 8 tahun dalam pasukan tentera sebagai jurulatih pendidikan.

“Hari itu juga saya tak ingat. Masa tu cuma cakap dengan kawan bila tengok orang ramai macam tu lepas itu macam tahu sendiri. Cakap kat ayah besar hendak jadi askar.”






Dalam kejadian 22 tahun lalu, sekumpulan askar Amerika Syarikat (AS) terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai Operasi UNOSOM II di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kemudian ditugaskan menyelamat kumpulan askar terbabit.

sumber awani....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.078514 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list