Oleh Adib Za
Bilik anda sering berbau hapak, tak segar dan hancing? Biasalah bila anak-anak masih kecil. Kadang kala tidak sempat mengemas kediaman.
Namun, dengan adanya aroma yang wangi dan segar, ia membantu menyuntik mood anda sekeluarga.
Kali ini, CARI Infonet berkongsi cara untuk membuat pewangi bagi bilik atau ruang tamu anda.
Bahan yang perlu ada ialah botol kaca, batang buluh, minyak almond atau minyak bunga matahari. Dan paling penting minyak essential pelbagai aroma seperti tangerine, serai, pudina dan sebagainya.
Untuk lebih jelas, lihat tutorial dalam video di atas. Selamat mencuba! - CARI Infonet
(Sumber foto: francoisetmoi)
|