
Makin berumur, makin banyak masalah kulit wajah yang muncul. Tapi percaya atau tidak, labu kuning banyak membantu untuk merawat masalah kulit wajah. Mengandungi vitamin A, C, dan E yang mampu melawan kedut di wajah. Tetapi bagaimana caranya, anda perlu sediakan bahan-bahan ini dulu...
Bahan-bahan yang perlukan:
2 sdm puri labu kuning organik kalengan atau sepotong kecil labu kuning
½ sdm madu organik
½ sdm susu skim
Cara membuat:
1. Bersihkan wajah dari produk makeup dengan menggunakan pembersih yang serasi dengan kulit.
2. Campurkan puri labu kuning, madu, dan susu dalam sebuah mangkuk kecil dan adun sebati. Kalau guna labu segar, buang bijinya dan ambil isinya. Haluskan di dalam sebuah mangkuk dan tambahkan madu serta susu ke dalamnya, adun rata.
3. Sapu masker labu kuning ke seluruh permukaan wajah. Pastikan anda tak sapu masker di bahagian mata sebab kulitnya lebih nipis dan sensitif. Anda juga boleh mengaplikasikan masker ini di bahagian sekitar leher.
4. Biarkan masker kering selama 20 minit.
5. Kemudian lap wajah dengan kain lembut yang dibasahi dengan air suam sampai bersih.
6. Sempurnakan hasil masker.
mingguanwanita
|