CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2195|Reply: 4

3 Cara Selesaikan Suami Cermat

[Copy link]
Post time 9-11-2015 12:22 AM | Show all posts |Read mode

Sebagai wanita punya suami yang cukup berkira memang menyesakkan dada. Apa yang mahu dibeli diteliti terlebih dahulu, wang diberi cukup-cukup malah selalunya kurang hingga menyebabkan anda tertekan apatah lagi anda hanya suri rumah tangga yang tiada pendapatan lain. Jadi bagaimana berdepan suami begini. Ini saranannya.


1. Yakinkan anda tak boros
Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah menilai diri sendiri. Sebabnya anda mungkin salah faham sifat hemat pasangan kerana mungkin andalah yang terbiasa hidup berlebihan atau terlalu boros.


2. Bezakan antara jimat dan kedekut
Jika anda suami asyik berkira dengan anda ada baiknya anda tidak terus menilainya sebagai kedekut dan tidak menyayangi anda. Suami mungkin ada sebab untuk berkira dalam hal ini, mungkin kerana mahu membuat tabungan anak, rumah dan sebagainya demi masa depan anda berdua.


3. Terus terang
Jika anda merasakan bahawa suami memang seorang yang kedekut maka ada baiknya anda berterus terang dengan suami terutama pada perkara yang akan menyukarkan anda. Misalnya anda selalu tidak cukup duit membeli barang dapur atau pun belanja sekolah anak. Jangan simpan sendiri kerana kelak anda yang stres.


mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 08:47 AM | Show all posts
akan pastikan barang dapur cukup dulu barula bole nk cari benda lain
kalo xperlu xpayah beli
pernah jumpa kawan yg berjimat tang barang dapur tp asik tukar2 tepon je
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 09:41 AM | Show all posts
aku pulak yg cermat tp laki aku agak boros kalau aku tak ingatkan...
kalau pi kedai aku akan pastikn aku ada sebelah dia supaya dia tak beli benda2 yg x perlu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa perlu ada budjet diawal bulan. Selepas itu belanja lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 05:44 PM | Show all posts
Kalau beli barang keperluan. Takde hal.
Yang jadi hal, barang kehendak. Pasal kehendak sentiasa ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.557533 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list