|
Oleh : TS LOO
Seorang diri hidup di sebuah pulau terbiar selama beberapa tahun atau hanyut di atas laut selama beberapa bulan, adegan seumpama ini barangkali hanya boleh terjadi dalam cerita sesebuah filem atau novel sahaja, contoh seperti filem Cast Away atau Life Of Pi.
sumber foto : http://reaganpluscats.com/
Namun di El Salvador terdapat seorang lelaki bernama Alvarenga, beberapa hari lalu didapati mengalami situasi yang sama seperti yang dilalui oleh pemuda India Pi, sekali gus menggemparkan masyarakat setempat.
Alvarenga yang berumur 36 tahun, 13 bulan lalu bersama seorang kawan dari Mexico, Ezequiel Cordoba menangkap ikan di laut, tanpa diduga dilanda ribut taufan sehingga mengakibatkan enjin kapal dan radio komunikasi mengalami kerosakan, seterusnya bermulalah mimpi ngeri mereka. Alvarenga dan Ezequiel Cordoba terpaksa memulakan detik menghanyut di permukaan laut yang memakan masa selama 438 hari.
sumber foto : http://static.guim.co.uk/
Alvarenga beritahu, mereka bergantung kepada tangkapan ikan dan penyu laut termasuk minum darah penyu dan air hujan untuk terus hidup. Ezequiel Cordoba tidak dapat bertahan dan meninggal dunia berikutan tidak sanggup makan daging mentah,
sumber foto : http://cdn2-b.examiner.com/
sumber foto : http://i.dailymail.co.uk/
Alvarenga seorang diri hanyut di atas laut dengan jarak sejauh 12, 500 km iaitu dari pantai timur Lautan Pasifik ke pantai barat Lautan Pasifik. Berlarutan sehingga 13 bulan berlalu,
Alvarenga dihanyut ke Eybens di Kepulauan Marshall, barulah ditemui dan diselamatkan oleh orang tempatan.
Ketika itu, Alvarenga kelihatan berjanggut, rambut berselerak, malah dalam keadaan tidak sedar diri. Dia kata, ingatan saya hanya mengenai lautan yang tiada sempadan.
sumber foto: http://images.travelerstoday.com/
Setelah diselamatkan, Alvarenga mengatakan setelah kematian Ezequiel Cordoba , dirinya rasa amat kecewa, pernah berkeinginan untuk membunuh diri.
Segelintir orang meragui apa yang dialami oleh Alvarenga, ada orang disebabkan tidak menjumpai mayat Ezequiel Cordoba, mengesyaki Alvarenga makan daging manusia untuk mengekalkan nyawa. Bagai mana pun, apa sebenarnya telah berlaku, mungkin ianya sama seperti bahagian penghabisan cerita filem Life Of Pi, hanya boleh terpulang kepada penilaian masing-masing. - CARI Infonet |
|