CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2831|Reply: 0

Pernah Cuba Tak Terapi Lendir Siput Babi?

[Copy link]
Post time 16-11-2015 04:23 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/





Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup melalui pengalaman ‘mengerikan’ semata-mata untuk cantik.


Jika suntikan botox dan kolagen sudah menjadi perkara biasa, untuk kali ini saya nak perkenalkan sejenis terapi kulit yang ‘luar biasa’ iaitu terapi lendir siput babi.


Walaupun satu konsep yang masih baru di Malaysia, namun terapi lendir siput babi ini sebenarnya sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun.





sumber foto : http://i5.asn.im/



Siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.


Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.



sumber foto : http://i5.asn.im/



Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.


Tapi jangan guna sebarang siput pula, kerana spesis yang digunakan bagi tujuan kecantikan ini bukanlah jenis yang biasa merosakkan tanaman di kebun kita tu ya!







Sumber info : www.mynewshub.cc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list