View: 4029|Reply: 55
|
[Tempatan]
Kerajaan BN 'janji' tak naikkan kadar GST tahun depan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah AS$48 setong, tahun depan.
Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan.
Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh dibuat, namun perkara itu tidak akan diketahui bagi jangka masa panjang.
"Ada kajian mengatakan pada tahun 2020 harga minyak akan naik mencecah AS$50 hingga AS$‎60 setong...tetapi ia bergantung kepada negara-negara OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) yang bermesyuarat enam bulan sekali.
"Apa yang berlaku sekarang adalah permintaan terhadap minyak berkurangan berbanding pengeluaran. Kalau (OPEC) buat keputusan mengurangkan pengeluaran minyak, mungkin harga minyak akan naik.
"Tapi sekarang (andaian) berbentuk spekulasi, tiada siapa yang tahu (tempoh tepat harga minyak akan naik atau turun).
"Malah, dalam kerajaan kita tidak pernah berbincang untuk menaikkan GST," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Husni berkata demikian bagi menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar GST jika harga minyak turun di bawah paras AS$‎48 setong, tahun depan.‎
Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lepas, kerajaan menjangkakan kutipan GST sebanyak RM39 bilion tahun depan yang diunjur berdasarkan paras harga minyak mentah AS$48 setong.
Selain itu, mengulas dakwaan pembelian salah satu cabang tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Bhd (Edra) oleh syarikat asing, Ahmad Husni berkata perkara itu masih dikaji.
"Dalam soal ini sebelum membuat tender, kita akan melakukan kajian dan memastikan kedaulatan negara terjamin. Merujuk soal kadar, kita yang menentukan perjanjian pembelian tenaga itu," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Rafizi yang mencelah dengan mendakwa pemilikan Edra akan diberi kepada syarikat asing yang menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pada Sabtu lepas, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dilaporkan berkata tiga pembida iaitu dua pembida asing dan satu tempatan, telah disenarai pendek untuk menghantar bidaan mereka bagi membeli Edra yang bernilai antara RM16 bilion hingga RM18 bilion. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersiap sedia la semua... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik xnk naik bleh undi bn
lpas tu naik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.....kenapa tak naikkan, kami sedia byt GST hingga 12% .
Klu mcm ni tak susut lah hutang negara, makin bertambah lah nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelas 6%. Sila naik kan sampaj 25%. Mcm negara scandinavia. Baru la ekonomi makin maju |
|
|
|
|
|
|
|
wei korg knp minta naik
kesian kt kucing hbs mahai kibbles |
|
|
|
|
|
|
|
nie tanda nak naik |
|
|
|
|
|
|
|
cuali cancel GST ... kot x satu hari nanti konpem naik
bila UMNO x ckp duit sponsor yahudi aka freemason ... konpem naik punya
|
|
|
|
|
|
|
|
akan naik tu
palestin dah buktikan GST skrg 6-0
UAE pulak menjangkakan GST akan datang 10-0 (naik jadi 10%)
|
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi trend kat Malaysia ni..kalau ada ura2 tak naikkan harga barang...maksudnya harga
bakal naik...samalah dengan yang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm...im waiting for election je skang nie... |
|
|
|
|
|
|
|
pesal xnaik jah 50%? |
|
|
|
|
|
|
|
6% tu pun dah menyusahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Paham sgt dah kalau kua ayat2 cenggitu |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang ko paham?
sebelum ni pun orang cakap pasal tol
ko pun nak cakap pasal tol
padahal naik kapchai je pergi kerja,
mana kena bayar tol
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada negara yg naikkan gst setiap tahun! |
|
|
|
|
|
|
|
I xkisah nak naik gst smpi 36%, i nak minta kurangkan menteri-menteri yang ada. Biar menteri jadi multi tasking pulak. Cakap jer pandai, xpakai otak. Hak sama rata between menteri dengan rakyat. No polis eeskot, bayr tol sendiri, tiada elaun petrol dan keraian. Kita perah wakil rakyat berkerja untuk rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
dellashrill replied at 17-11-2015 09:19 AM
I xkisah nak naik gst smpi 36%, i nak minta kurangkan menteri-menteri yang ada. Biar menteri jadi mu ...
Zaman atuk2 me dulu sllu citer YB tu maksudnya yang berkhidmat mcm hamid gurkha dlm citer badul....tp skg suda tukar yang bang*** |
|
|
|
|
|
|
| |
|