Hanizan Mohamed Radzi, pemandu teksi yang menghantar pulang mangsa culik Oktober lalu menerima anugerah kategori khas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Anugerah diberikan di atas kejujuran dan keprihatinan untuk menghantar kanak-kanak yang menjadi mangsa culik di Sungai Dua.
Hanizan mengecam gambar kanak-kanak yang diculik setelah menjadi viral terus bertindak menghantar pulang kanak-kanak terbabit. -CARI Infonet.