|
|

sumber foto: AstroGempak
Oleh Fyruz Hanna
PU Adek dan PU Abu kecundang untuk meneruskan cabaran ke peringkat akhir malam tadi.
Ini menyaksikan hanya empat peserta iaitu PU Syed, PU Amin, PU Taha dan PU Zaid telah berjaya melangkah ke peringkat akhir minggu hadapan sekali gus bergelar finalis untuk Pencetus Ummah 2015.
“Generasi Muaz adalah sebuah program seakan Pencetus Ummah. Namun untuk musim ketiga Pencetus Ummah ini, kita lihat ada beberapa perubahan dari segi format.
“Sejujurnya saya suka dengan perubahan format ini kerana ianya memberi peluang kepada peserta untuk berdakwah dengan lebih kreatif,” jelas PU Adek yang mengakui rezekinya sampai di sini untuk Pencetus Ummah dipetik dalam AstroGempak.
Bagi PU Abu, banyak yang telah dia pelajari selama enam minggu berada dalam Pencetus Ummah musim ini.
“Saya asalnya seorang yang nakal dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang banyak. Dulu saya juga bergaul dengan mereka dari golongan yang nakal.
“Tetapi selepas menyertai Pencetus Ummah ini, saya telah bergaul dengan golongan ustaz dan rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi. Jadi saya tahu titik tengah antara dua golongan ini.
PU Abu juga turut menambah akan menggunakan pengalaman untuk berdakwah kepada golingan yang nakal bagi mengenali keindahan islam. -CARI Infonet.
Baca selanjutnya: PencetusUmmah |
|