CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3544|Reply: 7

Gelandangan Terharu Dengan Si Kecil Ini!

[Copy link]
Post time 26-11-2015 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA





Kanak-kanak ini baru berusia 5 tahun namun sikap dan perlakuan sangat harus dicontohi oleh ramai orang khususnya mereka yang dewasa.


Kisah Ashton Harland dari negara Wales ini menjadi perhatian dunia khasnya para netizen yang berasa tersentuh apabila melihat video anak kecil ini berasa begitu gembira memberikan makanannya kepada seorang gelandangan.


Bukan itu sahaja, Ashton turut memberikan penkek miliknya sebelum ini pada lelaki gelandangan itu.








Ibunya, Tori Cunningham, 28 sengaja merakam video itu bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang golongan gelandangan.


Dia yang memuat naik video itu di laman sosial berkata, "Ashton teringin penkek ketika kami di pasaraya, namun dalam perjalanan pulang rumah, dia terus mendapatkan penkek itu dan memberikan kepada lelaki gelandangan.

"Ia sangat menyentuh hati saya. Ashton juga memeluk lelaki itu dan mengatakan lelaki itu kesejukan," ujarnya.


Ibu ini sering menasihati anaknya agar sentiasa rasa bersyukur dan mengetahui lebih ramai yang susah di luar sana.



(Sumber foto: Carian google)





"Saya selalunya tidak memberikan wang, namun memberikan kopi atau makanan kepada gelandangan terutamanya sekarang musim sejuk, secawan kopi panas sangat memberi makna kepada mereka," ujar Tori.


Ternyata anak kecil ini, Ashton telah dapat membina satu sikap yang sangat terpuji daripada nasihat ibunya. Ia harus dijadikan inspirasi buat semua! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 12:59 PM | Show all posts
nampak sihat je ....boleh kut offer jadi cikgu BI kat msia ni dgn gaji minimum...kasi tempat tinggal free
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 05:11 PM | Show all posts
Syabas untuk emaknya yang dah berjaya mengajar anak dengan sifat suka membantu seperti tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 05:53 PM | Show all posts
dari kecik lah nak ajar anak semua ni... bdk2 cepat mengikut!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baik lah emaknye kokesen suci murni..kalu ummah melayu berkerak mesti.di kutuk sbb post bideo.ni...nk menunjuk ler tu, Attention seeker btol, sakai. Sume bnda nk post kt tenet yada yada....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:55 AM | Show all posts
bagusnya. ada budak jenis kedekut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 01:39 PM | Show all posts
matchstick replied at 26-11-2015 06:30 PM
Naseb baik lah emaknye kokesen suci murni..kalu ummah melayu berkerak mesti.di kutuk sbb post bideo. ...

hahahahahahahahaha betul, haritu tengok mak dia ambil video anak dia boleh baca english flash card. ada yang comment kan elok ajar bahasa arab lah, al quran lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 27-11-2015 01:39 PM
hahahahahahahahaha betul, haritu tengok mak dia ambil video anak dia boleh baca english flash card ...

Homai... 24 jam kena berbahasa ereb jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070892 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list