CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7236|Reply: 85

[Tempatan] jdt tidak layak! tak kebal di larkin!

[Copy link]
Post time 29-11-2015 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


JDT tidak layak!
29 November 2015 1:24 AM
Zah RAHAN KRANGAR (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menenangkan Safee
KUALA LUMPUR - Felda United membuktikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kebal di Larkin apabila mengejutkan juara Liga Super, Piala AFC dan Piala Sumbangsih itu 2-1 dalam suku akhir kedua Piala Malaysia semalam, sekali gus layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.

Jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-76 meleburkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan dalam 40 perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kejayaan yang disifatkan pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim sebagai pencapaian paling membanggakan sepanjang kariernya.

Kemenangan tersebut, sekali gus menemukan Felda dengan juara empat kali, Kedah yang mara selepas menyingkirkan PKNS menerusi agregat 4-2 setelah menang 3-1 di Selayang.

Satu lagi separuh akhir akan menemukan dua gergasi bola sepak tempatan, iaitu juara 32 kali, Selangor dan juara bertahan dua tahun berturut-turut, Pahang.

Tumpuan peminat bola sepak tanah air semalam terarah kepada aksi di Larkin, yang menyaksikan Felda langsung tidak gentar berdepan pasukan terbaik Liga Malaysia ketika ini dan beraksi pula di stadium keramat mereka.

The Fighters bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti Thiago Fernandes gara-gara bola terkena tangan Hariss Harun.

Kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim memberi harapan kepada penyokong tuan rumah apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun gol cantik Zah Rahan yang melambung bola melepasi Farizal Marlias menghancurkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri sejak September 2013.

“Strategi permainan kami menjadi malam ini, yang mana kami menunggu, menunggu dan menyerang. Alhamdulillah, kami dapat ke separuh akhir.

“Bukan mudah mengalahkan JDT yang merupakan juara Piala AFC. Saya bangga dengan anak-anak buah saya walaupun dalam keadaan keletihan, sama-sama letih. Mereka mempamer semangat juang tinggi,” kata Irfan.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Selangor menghampiri ‘misi 33’ meskipun sekadar seri 1-1 ke atas Sarawak. Red Giants mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Red Giants dikejutkan dengan gol pembukaan Bujang Senang pada minit ke-22 menerusi Ashri Chuchu, namun Selangor mengesahkan tiket separuh akhir hanya lima minit berselang selepas Afiq Azmi meledak gol penyamaan hasil hantaran Andik Vermansah.

Di Stadium Jalan Besar, Pahang cemas sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila tewas 2-0 kepada Lions XII. Kemenangan 4-1 yang dilakar di Kuantan, Selasa lalu membolehkan Tok Gajah layak menerusi agregat 4-3.

Jaringan Christopher van Huizen dan Faris Ramli dalam tempoh 20 minit pertama adalah gol terakhir Lions XII dalam Liga Malaysia kerana wakil Singapura itu tidak lagi diundang beraksi, musim depan.

Selepas diikat 1-1 oleh PKNS di Alor Setar, Kedah akhirnya mempamer karakter apabila menang 3-1 di Stadium Selayang, berterima kasih kepada jaringan Chidi Edeh, Sandro da Silva dan Muhd. Syafiq Ahmad. Gol saguhati PKNS dihasilkan oleh Pedro Henrique Oliveira.

- See more at: http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tidak-layak-1.163363#sthash.LzjnuKAc.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Amiin
akhirnya hanya tim melayu2 bersatu je dpt masuk semi

tim2 negara luar seperti lion 12 dan tim indon provinsi ke 44 jdt kecundang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jdt mmg tak layak pon

tapi juara afc tawww

kalau juara afc sebab menang free... camni la jadinyaaa
" errrrrr kami tak layan piala mesia sebenarnya... kami layan afc asia je"   tukiran misnan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
piala malaysia dah tak meriah tanpa jdt

puteri alisa bte ngadimin
larkin
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ref bangang... ref mmg sengaja nak bagi jdt kalah:.. ref dengki dan cemburu kejayaan jdt

norliana bte Salikon
parit king
batu pahat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kalah menang tetap bersama JDT
JDT selamanya





since 2013
Natasha Tumiran
Kota tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
red giant v red boksit
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:18 AM | Show all posts
hamoihhh.. sampai 5 post berderet peyno legen mengomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 29-11-2015 07:18 AM
hamoihhh.. sampai 5 post berderet peyno legen mengomen

ketap2 bibir salesman nissan , jawa merempat kedah nak masuk thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
peYno replied at 29-11-2015 07:04 AM
piala malaysia dah tak meriah tanpa jdt

puteri alisa bte ngadimin

Jdt juara asia..kau ada?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 29-11-2015 07:18 AM
hamoihhh.. sampai 5 post berderet peyno legen mengomen

Legend taik kucing..sembang kencang je mamat tu..offside pun tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:50 AM | Show all posts
makkaupurple replied at 29-11-2015 07:48 AM
Legend taik kucing..sembang kencang je mamat tu..offside pun tak tahu

ingat nak bahan bella bab neymar berkerak lagikk.

alegik nau tgk id makkaupepel
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:53 AM | Show all posts
peYno replied at 29-11-2015 07:23 AM
ketap2 bibir salesman nissan , jawa merempat kedah nak masuk thread ni

idup peyno legen. ale ale ale
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
makkaupurple replied at 29-11-2015 07:46 AM
Jdt juara asia..kau ada?

refer post peyno legend no 3 tu

jelass.... akai jawa jihor laknat mudah dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 29-11-2015 07:50 AM
ingat nak bahan bella bab neymar berkerak lagikk.

alegik nau tgk id makkaupepel

tgk nickname tu pon dah tau jenis BBNU yg hanya ikut trend terkini jee
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 29-11-2015 07:18 AM
hamoihhh.. sampai 5 post berderet peyno legen mengomen

Itula..hakak gelak mengekek2 amboii! Hahah..peyno xpuasati btul ngan jdt. Padan muka jdt kalah..L to the o to the s to e to the r..

Frm, Nuraqila natasha bt. Tukimin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 08:54 AM | Show all posts
peYno replied at 29-11-2015 07:06 AM
ref bangang... ref mmg sengaja nak bagi jdt kalah:.. ref dengki dan cemburu kejayaan jdt

norliana ...

sebagai sebuah NEGARA...JDT patut komplen ke FIFA
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:56 AM | Show all posts
rospinki replied at 29-11-2015 08:49 AM
Itula..hakak gelak mengekek2 amboii! Hahah..peyno xpuasati btul ngan jdt. Padan muka jdt kalah..L  ...

jangan sembang bab bola. pompuan tatau pape pasai bola.


nanti weols kena hencap




- penyokong tegar madridista since 2013

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli betul puak2 yg duk sembang jdt juara Asia. Penat2 kelab2 yg terer cam Guangzhou evergrande, al-ahli, gamba Osaka bertungkus lumus main dkt ACL tatkala jdt group stage pun x lepas, last2 jdt jugak yg diclaim juara Asia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 09:00 AM | Show all posts
bagi lah pasukan lain pula menang

jdt dah menang piala asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072722 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list