Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pertama Erin Malek
Baru-baru ini, Erin Malek dan suaminya telah mengadakan majlis akikah buat putera sulung mereka, Mohamed Faliq, dalam satu majlis yang cukup sederhana dan dihadiri rakan dan saudara terdekat.
Pasangan ini telah berkongsikan gambar majlis akikah tersebut melalui akaun Instagram dan rata-rata peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah selain ada yang geram dengan kecomelan anak sulung pelakon tersebut.
Semoga keluarga kecil ini akan bertambah besar dan pastinya kehadiran Faliq akan menambah seribu kegembiraan bukan sahaja buat Erin malah peminat setianya. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar majlis akikah Faliq bersama anda. Enjoice!
RotiKaya
|