Kagum dengan Cynthia Sebastian yang berusia 74 tahun ini apabila dia merupakan seorang Pekerja McDonald's (McD) paling tua dan juga paling lama berkhidmat selama 32 tahun di Malaysia.
Cynthia Sebastian merupakan seorang nenek yang mempunyai 7 orang cucu ini bekerja bukan disebabkan duit tetapi sebab bosan duduk rumah dan meminati kerja sebegitu. Dia kelihatan masih muda dan sihat walaupun umurnya hampir 80 tahun.
Dia yang mula bekerja di McD selepas kesemua anaknya belajar di universiti dan dua daripadanya mempunyai kelulusan daripada universiti luar negara.
Beliau kini bekerja di McD Mutiara Damansara. Jadi, sesiapa yang rasa nak jumpa nenek ini bolehlah makan di McD Mutiara Damansara ya! - CARI Infonet