CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 10

[Tempatan] PAU2015: Takrif miskin bandar (pendapatan bawah RM3,000) perlu dikaji

[Copy link]
Post time 12-12-2015 09:23 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan perlu mengkaji semula takrif atau ukuran pendapatan isi rumah miskin bandar berikutan peningkatan kos sara hidup yang menghimpit warga kota, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata takrif golongan miskin bandar iaitu isi rumah de­ngan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan tidak lagi relevan pada masa kini lebih-lebih lagi de­ngan peningkatan kos pengangkutan sejak kebelakangan ini.

“RM3,000 tidak boleh pergi mana pun. Kadang-kadang habis pada perbelanjaan asas seperti pe­ngangkutan sahaja.

“Bukan hanya pihak pembangkang, tetapi penyokong setia kita (UMNO) pun sudah menyuarakan rasa tidak puas hati,” katanya kepada Bernama ketika melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata, masalah peningkatan kos sara hidup yang mendapat perhatian dalam Persidangan Agung Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Rabu lepas menunjukkan orang muda dalam parti mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu itu.

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO, beliau menyentuh mengenai kadar tambang pengangkutan awam antaranya sistem transit aliran ringan (LRT), Express Rail Link (ERL) dan Bus Rapid Transit yang bagaikan sedang meraikan musim kenaikan harga dan memberi kesan sangat mendalam kepada orang muda. 
– BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Seisi rumah? Di bandar? Bawah RM5000 patut dikira kategori miskin kut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 09:42 AM | Show all posts
dulu ada agensi letakkan syarat rumah tak boleh ada ASTRO
baru layak dpt bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 09:52 AM | Show all posts
Ada tv besar pun bawah kategori mampu katanya
walaupun TV itu didermakan oleh jiran yang upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kaji buat apa...babi betul....kurangkan la tol...semua tu...

Dah naikkan segala kos lagi mau kaji kemiskinan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaakh tuih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2015 01:58 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 12-12-2015 02:00 PM
noor2: Nak kaji buat apa...babi betul....kurangkan la tol...semua tu...Dah naikkan segala kos lagi mau kaji kemiskinan...

biase la...teringat kes top up nak GST ke x nak....nak GST ke x nak...
kah3.....mmg terbukti la..kena buat kajian dgn teliti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 12-12-2015 01:58 PM
biase la...teringat kes top up nak GST ke x nak....nak GST ke x nak...
kah3.....mmg terbukti la.. ...

Kaji dan kaji...hehe....tp tu la x semua orang bandar hidup senang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 05:42 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-12-2015 04:38 PM
Kaji dan kaji...hehe....tp tu la x semua orang bandar hidup senang....

yes...ade mcm sarcastic x posting i?...
mmg i sarcastic pun...

yup...that is also true...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 12-12-2015 05:42 PM
yes...ade mcm sarcastic x posting i?...
mmg i sarcastic pun...


Hehe.ada tu......
..ikut pada yg baca..kadang2 kita tulis sarkastik org ingat serius...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 06:19 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-12-2015 06:07 PM
Hehe.ada tu......
..ikut pada yg baca..kadang2 kita tulis sarkastik org ingat serius...

yup...thats why slalunye...i akan letak..emoticon fav i....:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.086327 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list