View: 2259|Reply: 1
|
Kajian: Lelaki Gemar Berfantasi Pasangannya Mati?
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Benarkah kaum lelaki sering berkhayal dan berfantasi ditinggalkan pasangan kerana kematian?
Tahukah ada kajian menyatakan ia bukan sesuatu yang asing atau aneh buat lelaki untuk berfikiran demikian. Malah, penelitian yang dilakukan oleh Amy Muise, pakar perhubungan dari University of Toronto menyatakan berfikir seperti itu sangat wajar dan normal bagi seseorang.
Melalui satu undian online dilakukan oleh portal Men's Health mendapati 52 peratus daripada 3,000 responden mengatakan mereka memikirkan hal yang sama, kematian pasangan mereka!
Amy pula beranggapan ia bukan hal buruk malah sesuatu yang baik. Ini kerana kaum lelaki akan sentiasa menghargai pasangan mereka sebaik mungkin.
Ia akan mendorong kepada hubungan percintaan yang lebih erat dan bertahan lama. Oleh itu, benarlah jika memikirkan suatu hari anda akan ditinggalkan oleh pasangan kerana kematian, ia membantu diri anda mencintai si dia dengan lebih mendalam.
Apa kata anda dengan pendapat ini. Anda setuju atau sebaliknya? - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|