Oleh Adib ZA
Bila anak terkena demam panas, si ibulah orang yang risau. Betul?
Anda boleh mencuba meredakan demam panas pada kanak-kanak dengan cara ini.
Memetik laman sesawang Hairul.com, antara yang anda boleh lakukan untuk menyejukkan badan akibat demam panas ialah dengan mengambil buah kembang semangkuk.
Buah ini juga dikenali dengan nama buah selayar.Ia juga mampu membantu mengurangkan batuk. Lazimnya dijadikan bahan dalam minuman laicikang.
Cara penyediaannya:
1. Letakkan buah kembang semangkuk dalam gelas berisi air.
2. Biarkan selama 4 jam. Ia akan kembang dengan sendiri.
3. Ia akan mengeluarkan jelinya. Makan terus jeli itu tanpa perlu masak.
4. Habiskan air tadi dan jeli daripada buah kembang semangkuk.
Selamat mencuba! - CARI Infonet
(Sumber foto; Carian google) |