CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 11

Kunyah Chewing Gum Boleh Kuruskan Badan?

[Copy link]
Post time 18-12-2015 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Mungkin ramai yang tidak tahu kelebihan disebalik mengunyah gula-gula getah atau chewing gum memberi banyak manfaat.


Persidangan yang diadakan oleh Obesity Society (New Orleans Louisiana) menyatakan dengan mengunyah chewing gum berupaya menurunkan berat badan. Tambahan lagi, sebuah kajian di Universiti Caledonian di Skotlandia menunjukkan bahawa mengunyah chewing gum boleh menghilangkan rasa lapar dan mengelak daripada terjebak dengan junk food. Kajian yang lainnya pula menemukan bahawa dengan mengunyah makanan dapat membuatkan kita menjadi kenyang.




Foto : skin.co.id



Dalam satu kajian lain oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan tersebut. Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.


Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian.



Foto : nadicosmic.blogspot.com



"Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu," katanya.


Jom mengunyah! Siapa tahu ia berkesan bagi menurunkan berat badan. Tapi awas, lepas kunyah jangan buang merata-rata. - CARI Infonet.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat wheiiii baku kunyah 2-3 kali pun dah letih.

Dah berapa puluh tahun dah tak makan chewing gun
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 18-12-2015 03:21 PM
Penat wheiiii baku kunyah 2-3 kali pun dah letih.

Dah berapa puluh tahun dah tak makan chewing g ...

Ha'ah..hr tu terkejut tiba2 rs mcm lenguh plk rahang kunyah chewing gum

br brp aje kunyah dah lenguh

padahal zmn sklh dl punyalah sakan dok kunyah chewing gum hampir setiap hari..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 04:43 PM | Show all posts
bahan nasik sampai dua pinggan, makak=n kek pulak, milo ais, pastu nyandor depan tv tgk drama, ada hati nak kurus.. citt pooodah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 05:39 PM | Show all posts
menurut ingatan aku dulu2 kunyah chewing gum buatkan aku makin lapar
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kecikkan pipi kunyah la chwingum. Kurang2 2jam kunyah sampai kejang tulang pipi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2015 11:36 AM | Show all posts
kunyah time manis jer... pastu dah xder rasa terus buang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 12:34 PM | Show all posts
hahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 10:11 AM | Show all posts
munchkin replied at 18-12-2015 03:21 PM
Penat wheiiii baku kunyah 2-3 kali pun dah letih.

Dah berapa puluh tahun dah tak makan chewing g ...

NAK bagi sonok, kunyah2, lepas tu ko buat belon
lpt dah letup, kunyah balik
ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:34 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 5-1-2016 10:11 AM
NAK bagi sonok, kunyah2, lepas tu ko buat belon
lpt dah letup, kunyah balik
ok tak?

cramp mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:54 PM | Show all posts

ha kan...kunyah2 tak masuk angin ke kat dlm mulut...
confuse gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:58 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 6-1-2016 01:54 PM
ha kan...kunyah2 tak masuk angin ke kat dlm mulut...
confuse gak ni

hahaha.. itu selalu orang tua cakap. nanti masuk angin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048032 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list