CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1557|Reply: 2

[Tempatan] Layanan istimewa untuk isteri sakit kanser

[Copy link]
Post time 23-12-2015 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by obelisk at 23-12-2015 08:33 AM

Doakan mereka
Oleh Nurul Huda Kosnon
[email protected]


Muhamad Hafiz dan isterinya serta anak ketika sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, Sabtu lalu. FOTO ihsan Firdaus Ahmad

Kuala Lumpur: "Syukur, isteri tidak pernah berputus asa dan dia terus berjuang untuk melawan penyakit yang kini disahkan oleh doktor pada tahap kritikal selepas menghidapnya selama lebih tiga tahun.

"Saya juga sering memberi sokongan dan semangat kepada isteri supaya terus kuat untuk melawan penyakit itu. Saya selalu beritahunya supaya menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa," kata Muhamad Hafiz Abdu, 31, suami kepada penghidap kanser, Laila Zainal, 31, yang gambar mereka menyambut hari ulang tahun perkahwinan viral di Facebook (FB), baru-baru ini.

Gambar itu dimuat naik rakan Muhamad Hafiz, Firdaus Ahmad, 33, yang turut meletakkan hashtag #doauntukhafizlaila sehingga mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, dia, keluarga serta rakan sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk dia mengharungi hidup.

"Saya juga berharap ini bukan kali terakhir untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami sebagai suami isteri.” katanya.

Muhamad Hafiz berkata, sambutan itu dilakukan dengan kerjasama keluarganya dan keluarga isterinya serta turut dihadiri lebih 30 rakan terdekat mereka ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Alhamdulillah, pada 19 Disember lalu (Sabtu), kira-kira 8.30 malam, ramai kenalan terdekat yang hadir dan memeriahkan lagi sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang diadakan di Twenty & Co , Seksyen 14, Shah Alam, Selangor dengan ada antara mereka memberikan pelbagai hadiah dan bunga.

"Suasana ketika itu juga menjadi hiba apabila isteri meluahkan perasaan terharu dan hampir mengalirkan air matanya kerana tidak menyangka dengan kejutan yang kami lakukan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Bapa kepada anak lelaki berusia lima tahun itu berkata, apa yang dia, keluarga dan rakannya lakukan adalah supaya isterinya itu terus tabah dalam menghadapi apa jua rintangan dalam mendepani penyakit yang dihidapi.

Katanya, dia tidak menyangka ramai yang prihatin dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan isterinya selepas gambar dia dan isteri menjadi viral di laman sosial itu.

"Semoga ia juga mampu menjadi inspirasi kepada pesakit yang mempunyai nasib sama dengan isteri saya," katanya.

Sementara itu, Firdaus berkata, dia memuat naik gambar Muhamad Hafiz dan Laila di FB supaya orang ramai bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Laila serta mereka yang senasib dengannya.

"Saya juga terkejut kerana di FB ramai yang prihatin dan memberikan sokongan serta semangat kepada isteri rakan saya itu,” katanya.

Katanya, hashtag #doauntukhafizlaila itu juga adalah ideanya selain menarik orang ramai untuk sama-sama mendoakan pesakit kanser lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 10:13 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101877
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu dulu2 rare sgt org muda kena kanser.skang sgt common..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 11:00 AM | Show all posts
kat USA ada yg pulih kanser guna ubat dari ganja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036243 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list