|
Oleh : Dean BZ
Nama Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil sememangnya tidak asing lagi didalam dunia pengacaraan tempatan. Pak Nil diminati oleh seluruh golongan umur kerana petah bercakap dan pandai "mengambil hati" ketika mengacarakan sesuatu rancangan.
Foto : catsfm.my
Kini Pak Nil bukan lagi pengacara biasa-biasa kerana memetik dari Berita Harian, pada awal tahun ini, Pak Nil dikatakan pernah diundang NBC Universal menjadi wakil tunggal media Malaysia menghadiri International Press Junket di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) anjuran stesen penyiaran berpengaruh itu. Wow! Pak Nil sudah melangkah ke arena pengacaraan antarabangsa, bukanlah sesuatu yang mudah.
Kim Kardashians, Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic adalah antara selebriti tersohor yang pernah ditemuramah oleh Pak Nil menerusi Saluran E! ketika itu.
Foto : astrogempak.com.my
Sememangnya rezeki Pak Nil sangat murah apabila dia sekali lagi diundang menghadiri acara sama dan akan berangkat pada 6 Januari depan.
"Alhamdulillah atas kesempatan kali kedua ini. Ketika pergi kali pertama dulu, saya memang gementar sebab sedar penguasaan Bahasa Inggeris saya tak sehebat orang lain. "
Tapi selepas ke sana, saya lihat dan rasa Bahasa Inggeris saya taklah teruk sangat kalau mahu dibandingkan dengan wakil media negara lain," katanya.
CARI mendoakan semoga Pak Nil terus berjaya dalam karier yang Pak Nil ceburi. Bukan mudah untuk mencipta nama di Hollywood lebih-lebih lagi anak tempatan. Syabas Pak Nil.. Kipidap! - CARI Infonet.
Sumber - BeritaHarian |
|