Oleh Izzah Abbasy
Santorini, Greece merupakan pulau gunung berapi di Laut Aegean, terletak 200 km dari daratan Yunani. Pulau ini merupakan kelompok Kepulauan Cyclades. Pulau ini memiliki keluasan wilayah 73 km².
Pulau ini terkenal dengan sektor pelancongan dan minuman keras. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai yang menjadikan Santorini sebagai destinasi percutian dan sekaligus mereka yang berada sahaja mampu ke sini.
Lihat pada kecantikan alam dan panaromanya sangat memukau mata yang melihat. Terbentang luas alam yang membiru. Jika ada yang berkeinginan untuk berbulan madu dan bercuti di sini pasti sangat bertuah kerana keadaan sekelilingnya sangat menenangkan.
Iklim di Santorini ini lebih kurang dengan iklim Mediterania, iaitu umumnya matahari sentiasa memancar di sepanjang tahun, dan musim sejuk pula didatangi oleh hujan dan angin yang sejuk juga sesuai untuk orang asia berkunjung ke sini. Serius! Sangat cantik suasana dan kawasan sekeliling Santorini ini. - CARI Infonet
Kredit Foto : Amazing Things
|