CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2884|Reply: 6

Air Kelapa Muda Tingkatkan Metabolisme

[Copy link]
Post time 6-1-2016 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Pokok kelapa sememangnya mudah didapati di negara-negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan juga Malaysia.


Air kelapa muda sangat berkhasiat kerana mengandungi zat gizi, vitamin, mineral, glukosa dan menyegarkan. Selain itu, airnya juga kaya dengan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, besi dan tembaga.



Berikut adalah 14 khasiat air kelapa kepada kesihatan badan :












1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Banyak sungguh manfaat air kelapa kepada kesihatan. Kata orang jika nak lebih elok perahkan sedikit limau kasturi sebelum minum. Cubalah.  - CARI Infonet.




Kredit: RiTā Pēnāng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg kena chicken pox pun elok jugak minum air kelapa muda supaya cepat sembuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 11:25 AM | Show all posts
tsui87: Org yg kena chicken pox pun elok jugak minum air kelapa muda supaya cepat sembuh


ya betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
air kelapa yg jual tepi jalan da tmbh gula. x ori. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tpi hati2 lah minum air kelapani. I dgr dua kes dah die campur air kelapa dgn ubatan last2 mati mengejut. Tk thu interaction mcmna bole jd mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:47 PM | Show all posts
air kelapa muda?dapp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 10:57 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 2-2-2016 12:19 AM
Tpi hati2 lah minum air kelapani. I dgr dua kes dah die campur air kelapa dgn ubatan last2 mati meng ...

really?..tak pernah dengar pasal ni

saya kalau nk minum air kelapa muda, beli buah sekali..minum dari buah tu..fresh..
tak ada gula, tak ada ais..mahal pun dalam rm3.00 je sebiji..
tapi memang baik kalau suhu badan panas..cepat sejuknya..
ada petua untuk ibu mengandung..yg dah nak dekat bersalin tu..
minum air kelapa muda ni, anak keluar nanti, bersih..tak banyak darah melekat pada tubuh bayi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067793 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list