Oleh Izzah Abbasy
Minyak zaitun atau 'Olive Oil' sudah menjadi keperluan setiap isi rumah. Menyedari kepentingannya, ramai yang berebut-rebut untuk menggunakannya tanpa melihat dan mengetahui kegunaan setiap minyak zaitun yang ada.
Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ia dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu, Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin Olive Oil (VOO) dan Based Olive Oil (BOO).
Yang boleh diminum secara terus adalah jenis EVOO, ia melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun. EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan (packaging). Paling utama, ia tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah hipertrigliseridemia, iaitu lebihan lemak dalam darah.
Minyak zaitun yang digunakan untuk menumis ada jenisnya. Selain daripada itu, minyak zaitun ini hanya boleh digunakan untuk makanan sahaja. Yang sesuai di masak gunalah brand atau jenama Filippo Berio.
Antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu untuk diminum terus adalah jenama Olive House, yang diimport dari Syria. Itu antara jenama yang dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan.
Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk tujuan melemahkan agen Resistant Starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis.
Jika anda mengamalkan minyak zaitun jenis Olivie Plus, ia sangat bagus untuk diminum terus kerana kandungan Hydroxytyrosol 30 kali lebih tinggi daripada 'Olive Oil' biasa. - CARI Infonet
Kredit : Sh Hamidah Sy Hamid FB
|