CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2951|Reply: 3

Resepi Hokkien Mee Udang Yang Pastinya Halal

[Copy link]
Post time 6-1-2016 06:55 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : Dean BZ






Bosan asyik makan nasi? Apa kata cuba Hokkien Mee pula, senang dan amat mudah disediakan.


Sebelum itu, sedikit pengenalan tentang Hokkien Mee. Asal-usul Hokkien Mee dikatakan dari Fujian (Hokkien) wilayah China. Hidangan mee ini terdiri daripada mee kuning, ikan, sayur dan macam-macam lagi.


Mari kita cuba resepi ini, dipetik dari hungrygowhere :


Ramuan:
1 paket mee kuning, dibilas dengan air panas sehingga masak
1 paket kek ikan, dihiris
300g udang bersaiz sederhana, kulit dikupas dan urat dikeluarkan
Segenggam kecil sayur sawi, dibilas dan dipotong kepada 2-inci setiap potongan
1 sudu besar cincangan bawang putih
2 sudu besar sos pekat soya hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk ikan sebelah kering (boleh diganti dengan serbuk stok ayam)
1 sudu teh tepung jagung, digaul dengan sedikit air
½ cawan air
Sedikit serbuk lada


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bawang putih sehingga warna keemasan. Masukkan sawi dan masak sehingga sayur mula lembut. Tambahkan udang dan kek ikan sehingga ianya masak dengan sempurna. Ketepikannya.
2. Tuangkan air ke dalam kuali dan tambahkan sos pekat soya hitam, sos soya cair, sos tiram, dan biarkan kesemuanya mendidih. Masukkan gabungan tepung jagung untuk memekatkannya secara sederhana.
3. Secara perlahan, campurkan mee kuning yang sudah dimasak ke dalam sos dan kacaukannya bersama-sama. Perisakan dengan serbuk ikan sebelah kering dan serbuk lada. Masukkan sayur, udang, dan kek ikan. Kacau bersama-sama dan hidangkan.





P/S : Hidangkan bersama telur mata dan hirisan limau kasturi sebagai penambah rasa. Selamat mencuba. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 09:39 AM | Show all posts
sedap ter



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:19 PM | Show all posts
nyummsssss.. nak cuba la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:58 PM | Show all posts
yummy..boleh cuba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037100 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list