CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4387|Reply: 7

Masih Keliru, Frozen Food Bagus Ke Tidak?

[Copy link]
Post time 8-1-2016 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA
Ramai yang bertanya sama ada frozen food atau makanan sejuk beku itu sesuatu yang baik? Iyalah kini semakin ramai keluarga yang membeli makanan ini, mudah disediakan, cepat pula.

Sebenarnya ia berbeza dengan makanan segera kerana frozen food adalah makanan apa sahaja yang di simpan dalam tempat sejuk beku dan bukannya makanan yang sedia di makan!


Jadi, buat para ibu jom lihat apakah kelebihan makanan sejuk beku ini.




1. Pelbagai jenis makanan


Banyak jenis makanan yang anda boleh simpan dalam tempoh lebih lama seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya. Ia lebih menjimatkan dan menjadi penyelamat ketika anda malas keluar rumah. Masak sahaja makanan yang ada dalam peti ais.









2. Tempoh lebih lama


Jangan tak tahu, makanan sejuk beku boleh disimpan selamanya! Bagaimanapun, ikut prosedur seperti berikut, Sup (2-3 bulan), daging yang dimasak (2-3 bulan), daging yang belum dimasak (4-12 bulan), daging ayam yang telah dimasak (4 bulan), daging ayam yang belum dimasak (9-12 bulan).




3. Bakteria tidak aktif


Suhu yang rendah membuatkan bakteria tidak aktif namun ia tidak membunuhnya. Sebab itu anda harus memasak makanan itu selepas dicairkan.











4. Ada pengawet? Tidaklah!


Ramai anggap makanan sejuk beku banyak bahan pengawer. Sedangkan pembekuan itu sendiri merupakan pengawetan semula jadi.



5. Nutrisi tak kalah


Belum tentu makanan segar lebih tinggi nutrisi. Makanan sejuk beku pun tak kurang nutrisinya kerana pembekuan buat nutrisi tersimpan lebih lama. - CARI Infonet



(sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Wuhuuu. Walaupun nampak menarik masukkan makanan berlauk dlm peti beku..

Tak sanggup den. Ahaks.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Frozen food ok what.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 09:56 AM | Show all posts
aku selalu buat cam ni.
hari minggu masak kari ayam, gulai lemak, sambal
dah masak, sejukkan lepas tu masuk dlm bekas
letak dlm freezer.
so hari2 cuma masak sayur or lauk lain. kalau  nak kari, ambik je dlm freezer
aku buat cam ni sebab lunch pun kena balik masak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:20 AM | Show all posts
Kalau nak ikutkan mana2 makanan fresh adalah lebih baik dari yg frozen.  Makanan frozen kena disimpan dengan betul utk mengelakan contamination.  Ia juga kena dimasak atau dipanaskan betul2 utk mengelakan keracunan makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:05 PM | Show all posts
aku ok jer slalu buat esp utk anak aku. mmg la fresh lagi elok. tp bila masak tu mana boleh sikit utk sekali makan jer mesti lebih contohnya bubur nasik. aku akan pack kan kecik2 slalu boleh buat as breakfast sbb mana ada masa nak masak slalu.

camtu jugak utk makanan baby.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 07:53 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 9-1-2016 11:20 AM
Kalau nak ikutkan mana2 makanan fresh adalah lebih baik dari yg frozen.  Makanan frozen kena disimpa ...

Ye betul tu.. frozen food untuk yang sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:32 AM | Show all posts
watie_na replied at 9-1-2016 09:56 AM
aku selalu buat cam ni.
hari minggu masak kari ayam, gulai lemak, sambal
dah masak, sejukkan lepas ...

sama la. sebab balik dah nak maghrib. tak sempat nak masak. panas je nak makan. beli luar hari - hari mahal la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.145308 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list