View: 2861|Reply: 3
|
Pisang Goreng Panas, Cicah Sambal Kicap
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
(sumber foto: Mawardiyunus)
Petang-petang antara menu yang tak pernah bosan dicuba ialah pisang goreng panas dengan kicap cili.
Jika di Johor ia semestinya bukan asing lagi, namun kini turut mula diterima di negeri-negeri lain.
Jom cuba resipi mudah ini!
Bahan-bahan:
2 biji pisang tanduk atau pisang apa saja yang sesuai
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu minyak panas
secubit garam
sedikit kunyit
air secukupnya
secukupnya minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Potong pisang ikut kreativiti sendiri nak panjang pendek nipis or tebal.
2. Masuk tepung, garam, kunyit dan air, bancuhlah agak sedang-sedang pekat.
3. Semasa membuat bancuhan tepung salut ni, bolehlah panaskan minyak dalam kuali.
4. Bila minyak dah panas, ambil agak-agak 2 sudu besar dan masukkan dalam bancuhan tepung.
5. Kacau rata, tujuan nya kita masukkan minyak adalah untuk merangupkan goreng pisang.
6. Masukkan hirisan pisang dalam tepung dan gorenglah sehingga kekuningan .
7. Untuk membuat sambal kicap tumbuklah beberapa biji cili padi merah dan hijau, campurkan dengan kicap manis secukupnya. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Nooriahnaim
(Sumber foto: Melissathegreat) |
|
|
|
|
|
|
|
sodapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap!!
Pastu sambal kicqp ni bleh cicah jemput2 bilis, tempe or makan ngan bihun sup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Start makan pisang goreng cicah sambal kicap ni waktu kat johor..
Mula2 pelik, lama2 sedap jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|