Skellig Michael atau Great Skellig, merupakan sebuah pulau karang di Semenanjung Iveragh, Ireland. Pulau seluas 900 ekar ini menjadi salah satu lokasi penggambaran filem terbaru Star Wars: The Force Awaken yang mula ditayangkan pada Desember 2015.
Menurut Bloomberg, kunjungan ke pulau ini mula bertambah ekoran tayangan filem tersebut. Mengetahui pulau ini menjadi salah satu lokasi tumpuan baru pelancong, Kementerian Pelancongan Ireland meminta LucasFilm, penerbit Star Wars untuk membuat filem pendek bagi mempromosikan pulau tersebut.
Tourism Ireland 2016 menjangkakan program promosi itu akan membawa kira-kira 8 juta pelancong ke pulau itu, tahun ini.
Memetik dari Astroawani, pulau ini dijadikan set penggambaran untuk menterjemahkan Planet Ahch-To, seperti yang dipaparkan di pengakhiran filem tersebut. Dan penerbit merancang menjadikannya lokasi utama untuk sekuel Star Wars seterusnya.
Sedar dengan potensi yang dimiliki Skellig Michael, kerajaan Ireland kini giat menjalankan promosi untuk menjadikan pulau itu sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia.
Mari kita lihat keindahan pulau ini yang pernah diwartakan oleh UNESCO World Heritage Site sebagai tapak warisan dunia, pada tahun 1996. - CARI Infonet.