Nak siang ayam pun ada yang geli bagi sesetengah wanita tetapi tidak bagi wanita asal Korea Selatan yang bernama Showry ini. Dia memang pandai 'memasak'
Tapi gayanya tak sama seperti yang dilakukan oleh seorang chef.
Kerana itu Showry yang juga seorang pelawak menjadi seorang bintang masak yang popular di Youtube dan Facebook di Korea.
Sebagai contoh, dia tak gunakan apa-apa alat bantuan untuk memasak telur. Dia hanya menggunakan mulut untuk memecahkan telur sebelum memasukkan telur ke dalam kuali.
Dia juga secara tiba-tiba menjadi simbol sex kerana cara masaknya yang sangat 'menarik'.
Memang skil masakannya harus dipuji, namun tak pasti sedap ke tidak masakannya yang dimasak dalam keadaan terkinja-kinja
Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, video Youtubenya telah pun di'private'. -CARI Infonet.