Oleh Izzah Abbasy
Ragam bayi yang masih kecil bukan mudah untuk diketahui. Lagi-lagi jika melahirkan anak pertama. Sudah pasti runsing dibuatnya. Bila bayi tak nak tidur, menangis sahaja. Diberi susu pun ditolaknya.
Ketika inilah ibu dan bapa perlu memainkan peranan penting. Sama-samalah berjaga bagi merawat anak kesayangan.
Bayi yang masih kecil mudah sembelit. Mungkin disebabkan susu atau kurang air putih diberi kepadanya.
Bagi merawat si manja kecil ini daripada sembelit dan memudahkannya untuk membuang air besar, gaulkan sedikit asam jawa dengan air. Pastikan bancuhannya pekat. Kemudian, sapukan di ubun-ubun dan di bahgain pusat bayi anda. InshaAllah masalah sembelit akan berkurang dan dirawat dengan sebaiknya. - CARI Infonet
Asam jawa yang ditambah dengan air dan dipekatkan
Foto : Google
|