CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5051|Reply: 20

Jennifer Lopez guna 
serbuk berlian kekal cantik

[Copy link]
Post time 19-1-2016 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Jennifer Lopez dilaporkan menggunakan serbuk berlian yang dijadikan skrab bagi menghilang selulit di seluruh badannya.


Jennifer Lopez

Menurut laman web mirror.co.uk, penyanyi On The Floor itu dilaporkan memperuntukkan sejumlah wang sebanyak 250 dolar Australia (RM766) untuk membeli ‘kosmetik tambahan’ tersebut, semata-mata mahu terus kelihatan anggun dan bergaya.

Satu sumber terdekat dengan penyanyi berusia 46 tahun itu berkata, Lopez mengalami masalah selulit di bahagian kakinya, menyebabkan dia tidak kisah mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli serbuk berlian itu.

Hujung minggu ini, Lopez dijadual mengadakan persembahan bergandingan dengan penyanyi, Iggy Azalea pada majlis Anugerah Muzik Amerika dan dia dikatakan menggunakan sejenis semburan bagi memastikan kakinya kelihatan cantik.

“Lopez memberitahu bahawa penggunaan krim sahaja tidak mampu menjadikan kakinya kelihatan lembut dan cantik, namun penggunaan semburan mampu mengekalkan kelembutan di bahagian kakinya dalam masa yang panjang,” kata sumber tersebut.

Awal tahun ini, pelatih peribadi Lopez, Tracy Anderson mendedahkan bahawa penyanyi jelita itu mengekalkan kecantikan badannya dengan mengamalkan diet pemakanan yang betul, selain mengamalkan senaman selama 90 minit setiap hari.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.sLxztzHl.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang sebuk guna emas dia up sikit guna berlian

buat jadi macam kertas pasir ke tu? Kikis kikis kat selulit
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 06:29 PM | Show all posts
susuk
...................
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 07:58 PM | Show all posts
Biar betul? Retis antarabangsa macam Jlo menghabiskan RM766 untuk kecantikkan pun boleh jadi isu sensasi? Makcik sebelah rumah Spidey setiap bulan dah menghabiskan ribuan ringgit, tak kecoh satu dunia pun dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 08:45 AM | Show all posts
hahahha ... betul spidey ... takat RM766 ??? apa barang !!!!

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:19 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 19-1-2016 07:58 PM
Biar betul? Retis antarabangsa macam Jlo menghabiskan RM766 untuk kecantikkan pun boleh jadi isu sen ...

yup...SK2 klu lengkap dh rm2k....tp mungkin yg ni sekali sembur kot rm766...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 12:22 PM | Show all posts
apa yg ai tau, JLo mmg obses dgn penampilan menarik walau tak kisah menghabiskan wang utk kecantikan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 01:26 PM | Show all posts
Ad duit bleh je nk cntik wlpun usia makin meningkat..kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:17 PM | Show all posts
jaga makan, bersenam kuat... walaupun usia meningkat, still akan nampak hot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:59 PM | Show all posts
NAMPAKNYA MELAYU LEBIH CANGGIH..PAKAI SUSUK BERLIAN TERLEBIH DAHULU..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 08:04 PM | Show all posts
rm766 tu celah gigi je bagi JLo..in fact org malaysia pun sanggup blanja banyak tu beli untuk cantik kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:49 PM | Show all posts
die ni mcm tak nak tue2. stay young n sexy gituuu. tak dinafikan la cantik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 08:46 AM | Show all posts
wauuu still young n gojesss
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. rm tujuh ratus lebih je... celah kuku je bagi jlo...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 03:34 PM | Show all posts
aku baca kat mana tah dia sapu krim La Mer kat montot,

kalu sapa2 pernah guna krim La Mer ni, tau lar betapa mahalnya krim ni, orang lain sapu kat muka , dia sapu kat montot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 12:33 AM | Show all posts
cfa replied at 26-1-2016 03:34 PM
aku baca kat mana tah dia sapu krim La Mer kat montot,

kalu sapa2 pernah guna krim La Mer ni, ta ...

ai pulak baca tips kecantikan Kate Moss dan Sandra Bullock pakai krim hemorrhoid/buasir kat muka... lebih2 lagi keliling mata bg mengelakkan kedut dan dark circles.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 06:02 PM | Show all posts
dani-rox replied at 27-1-2016 12:33 AM
ai pulak baca tips kecantikan Kate Moss dan Sandra Bullock pakai krim hemorrhoid/buasir kat muka.. ...

uikss.. krim buasir?

berkesan ke..?
ai pun ada gak dark circle nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:45 PM | Show all posts
cfa replied at 27-1-2016 06:02 PM
uikss.. krim buasir?

berkesan ke..?

ramai yg dah cuba, berkesan katanya
Models and performers have reduced puffiness and wrinkles with hemorrhoid cream for years—the stuff tightens puffy areas quickly and reduces wrinkles. If the odor of the cream is too strong, mix a bit of your moisturizer into it before applying. And be careful not to get any of the cream in your eyes.



http://www.rd.com/health/beauty/how-to-reduce-puffy-eyes-dark-circles/

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn 766 juta
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 06:35 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 19-1-2016 07:58 PM
Biar betul? Retis antarabangsa macam Jlo menghabiskan RM766 untuk kecantikkan pun boleh jadi isu sen ...

hahhaahahahah!!! saje tau abam spidey ni wat kte gelak guling2

nak wat mcm mana. acik sebelah rumah abam spidey bukan jlo.klo tak,bkn setakat acik tu je,dgn abam spidey pon masuk paper
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.086794 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list