Masyarakat kita selain terkenal dengan kurang menepati masa, salah satu lagi masalah yang sering dilakukan ialah 'cancel last minute'.
Malah, diakui bukan sahaja orang kita sahaja berhadapan situasi ini, malah masyarakat Asia umumnya.
Seorang netizen ini cuba merungkai masalah ini dengan memuat naik status di laman sosial. Dia membandingkan cara orang-orang di Malaysia bekerja dengan masyarakat Jepun yang terkenal dengan displin dan etika tinggi.
"Kalau dengan kawan2 di malaysia, bila dah plan sth, akan mesej hampir hari2.. Nak buat apa kat mana pukul berapa dll.. Tapi bila dah sampai waktunya ada yang akan cancel..
"Tapi bila datang Jepun, xperlu nak msej byk2.. Beritahu masa, tempat, tarikh.. Selepas decide semua tu, seminggu tak mesej.. Dua jam sebelum masa yang dijanjikan, saya mesej jadi ke? Dia kata mestilah!"
Begitulah, antara penerangan ringkas bagaimana orang Jepun dan orang Malaysia bekerja. Merancang tidak salah, malah sangat baik.
Begitu juga dengan ingatan dan 'gentle reminder' boleh membuatkan perjalanan kedua pihak lebih lancar. Namun yang tak sedapnya, 'cancel' pula pada saat akhir.
Sumber foto: Carian google
Adakah sikap kurang profesional, kurang mengambil berat dan tidak menjaga etika membuatkan ramai bersikap sedemikian?
Apa pun, yang tidak baik dan negatif itu boleh cuba diperbaiki dari masa ke masa. Yang penting, cuba jadi lebih baik dan lebih baik ya! - CARI Infonet